5 Jenis Komplikasi Kehamilan Bagi Ibu yang Bersaiz Besar

Assalamualaikum..

Teringat situasi masa bawa Imran ke klinik tempoh hari, Ayu nampak ada seorang ibu sedang sarat mengandung datang ke klinik. Kalau Ayu jadi dia, memang tak larat rasanya. Perut dah sarat, badan juga semakin membesar. Dari rasa kasihan, terdetik rasa kagum dengan semangat beliau. Ayu tahu ramai supermom di luar sana sedang berjuang untuk memberikan zuriat untuk suami dan keluarga. Tahniah Ayu ucapkan!

Daripada hasil pembacaan Ayu, mana-mana wanita yang memiliki BMI melebihi 25, anda berisiko tinggi menghadapi beberapa jenis komplikasi kehamilan. Di sini Ayu senaraikan 5 jenis komplikasi bagi membolehkan anda berjaga-jaga dan sentiasa melakukan pemeriksaan yang sesuai.

jenis komplikasi kehamilan

1) Neutral tube defect (NTD)

NTD merupakan masalah berkaitan dengan perkembangan otak atau saraf tunjang bayi. Jika anda bersaiz besar, bayi berisiko mengalami NTD, namum ia sekitar 0.1%.

Apa yang boleh ibu lakukan?

Ibu hamil disarankan mengamalkan suplemen asid folik 1000 mcg, 3 bulan sebelum dan sepanjang kehamilan. Anda juga boleh meminta doktor melakukan ujian darah triple-screen pada minggu ke-15, ujian imbasan dan amniosintesis untuk mengenalpasti NTD.

2) Diabetis

Masalah ini disebabkan oleh peningkatan gula dalam darah sepanjang hamil dan akan dinilai melalui ujian saringan glukos. Ni la yang kena minum air gula tu. Tahap gula yang tidak terkawal boleh menyebabkan masalah termasuklah bayi bersaiz besar dan hypoglycemia.

Apa yang boleh ibu lakukan?

Ibu yang menghidap diabetis perlu mengikuti pemeriksaan antenatal yang telah dicadangkan oleh doktor. Jangan skip ya. Ini penting untuk memastikan diri ibu dan kandungan tetap sihat. Selain itu, ibu hendaklah menjaga pemakanan dan elakkan makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula.

3) Tekanan darah tinggi

Jika anda mengalami tekanan darah tinggi selepas minggu ke-20 tetapi ketika urine test tiada protein, anda mungkin di diagnosis sebagai gestational hypertension. Jika anda sudah pun mengalami masalah ini sebelum hamil atau di diagnosis sebelum minggu ke-20, ia dikenali sebagai chronic hypertension.

Gestational hypertension lazimnya tak menimbulkan masalah besar untuk ibu dan bayi tetapi ia berisiko tinggi menyebabkan pra eklampsia, kelahiran pramatang, placenta abruption dan kematian masa lahir.

Apa yang boleh ibu lakukan?

Ibu perlu memeriksa tekanan darah setiap kali menjalani pemeriksaan antenatal. Untuk pengawalan lebih lanjut, dapatkan maklumat tepat mengenai masalah ini daripada doktor pakar anda.

4) Pra eklampsia

Masalah ini turut dikenali sebagai toxemia iaitu masalah kompleks yang di diagnosis jika ibu menghidap tekanan darah tinggi dan terdapat kandungan protein di dalam urin selepas minggu ke-20. Ia boleh menyebabkan saluran darah menyempit, meningkatkan tekanan darah dan mengurangkan pengaliran darah ke seluruh tubuh.

Dalam kes yang kritikal, ia boleh menyebabkan anda mengalami kerosakan organ, perkembangan bayi terbantut, air ketuban berkurangan dan placenta abruption.

Apa yang boleh ibu lakukan?

Pastikan anda sentiasa menepati jadual pemeriksaan antenatal. Setiap kali pemeriksaan, tekanan darah ibu akan diperiksa. Jika tekanan darah tinggi, anda perlu menjalani ujian protein melalui urine test. Jika anda mengalami bengkak muka atau tangan dan kaki, sakit kepala, penglihatan kabur atau sensitif pada cahaya, dapatkan pemeriksaan doktor segera.

5) Bayi besar

Bayi berisiko untuk bersaiz besar jika anda mengalami diabetis atau melepasi tarikh jangkaan bersalin, Ujian imbasan dapat membantu anda mengetahui jangkaan berat bayi.

Apa yang boleh ibu lakukan?

Jika menghidap diabetis, pastikan ibu kerap melakukan ujian tahap gula dalam darah. Jika doktor menjangka bayi besar, bincang tentang pilihan bersalin yang anda ada.

—————————————————————————————————————-

Macam Pn Aya pula, beliau menghidap anemia semasa hamil. Tapi, masuk anak yang keempat, anemia dah takde lagi. Semua dengan izin Allah kan. Kalau nak tahu apa rahsia dia, tengok video ni.

 

Walau apapun, senaman yang sesuai dan pemakanan yang seimbang dapat mengawal sebarang masalah yang tidak diingini. Selalu la berdoa dan memohon kepada Allah agar ibu dan anak sihat dan selamat sehingga hari bersalin. Jika ingin mendapatkan vitamin untuk kehamilan yang sesuai, boleh hubungi Ayu untuk khidmat konsultasi yang mesra dan percuma.

Jika anda menghadapi masalah mabuk dan loya ketika hamil, boleh cuba tips ini untuk menghilangkan rasa mual tanpa asam! Hee ^_^

Selamat maju jaya para ibu semua. Anda memang ibu yang hebat! 🙂

Salam mesra ^_^,

Ayu Nutrisihat (019-2440991)

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge