5 Sebab Kenapa Saya Nak Join MLM yang Orang Menyampah

Assalamualaikum & Hi!

Sebelum ni, Ayu tak kisah langsung tentang bisnes ni. Terfikir la jugak nak ada bakery sendiri, nak bukak butik lah. Tapi macam angan-angan mat jenin je. Memang takde usaha langsung. Harapkan gaji daripada kerja hakiki je every month. Sebelum kahwin dulu, nak dapatkan extra income, Ayu mengajar tuisyen. Lepas dah kahwin, dah tak mengajar dah. Hihi

Shaklee ni one of MLM yang orang menyampah tu ke?

Ayu tak pernah terfikir nak join sebarang bisnes MLM ni. Multi Level Marketing, sinonim sangat dengan pelaburan beribu ringgit untuk join. Kemudian, kita perlu cari orang untuk join MLM, dan dijanjikan dengan pulangan lumayan, kereta mewah, rumah besar.

Jadi, betul ke Shaklee ni sama je macam MLM lain yang teruk tu?

Betul ke? Ayu pun tertipu la ni?

Meh tengok kejap video kakak ni yang kena tipu dengan MLM sama macam Ayu. Kasihan sungguh.

So jawapannya mestilah tak! Shaklee ni memang lain sungguh tau.

bisnes mlm

1) Yuran Keahlian cuma RM65 (lepas GST: sekarang RM68.90)

Masa Ayu register ahli dulu, RM 65 je untuk seumur hidup. Belum ada GST lagi. Once dah daftar, boleh terus beli dengan harga ahli. Paling best, siap boleh terus bisnes lagi! Pelik jugak, biar betul? Takkan la tak perlu keluarkan modal besar? Tak perlu simpan stok? Tapi itu la hakikatnya. Semua Shaklee HQ yang uruskan. Order by online je. Tu yang tak sedar Shaklee ni MLM.

2) Group yang supportive

Group yang Ayu join under iReach. Very supportive! Langsung tak suruh kejar kekayaan. Tak de pun mereka janjikan kalau join Shaklee nanti boleh beli kereta sport, boleh duduk banglo mewah dan dapat duit dengan mudah.

Kebanyakan MLM lain mesti suruh listkan nama kawan-kawan atau kenalan kita dan approach mereka untuk join. Tapi Shaklee pulak kami disuruh share kebaikan dan keberkesanan produk bermula dengan pengalaman sendiri.

Lepastu iReach group sangat aktif, sentiasa buat contest dengan hadiah gempak, buat kelas online, kelas offline. Ada yang free, ada yang perlu bayar tapi dengan harga yang tak masuk akal. Kadang tu RM 20 je yuran kelas sedangkan ilmu yang nak disampaikan semua ilmu mahal-mahal! Dan takde pun istilah paksa-paksa kita untuk pergi kelas ni.

3) Bukan berkonsep Head-hunting

Sepanjang join Shaklee, Ayu takde paksa-paksa orang jadi ahli. Ayu cuma share apa kelebihan yang Ayu dapat, antaranya boleh beli dengan harga murah. Join ahli tak semestinya perlu bisnes, untuk makan sendiri pun boleh.

Kalau suka sangat share sampai orang pun nak cuba, diorang pun beli dengan kita, cukup point yang ditetapkan, kita pun dapat bonus tanpa sengaja.

4) Produk telah dikenali

Lagi satu, sebab produk Shaklee ni dah dikenali, orang cari kita sebab nak produk. So kita tak perlu susah payah nak explain ape tu Shaklee. Bila ada orang nak beli, kita tinggal explain benefit produk tu dan beritahu harga.

Perkongsian melalui media sosial amatlah membantu. Orang dah tahu apa yang kita explain tentang produk tu, so mereka akan call untuk buat pembelian.

5) Sistem Shaklee yang Transparent

MLM ni selalunya ada udang di sebalik nasi goreng. Depan cerita lain, belakang buat benda lain. Last-last bila cari upline yang ajak kita dulu, call pun tak angkat lepas dah dapat duit kita.

Sistem Shaklee pulak, takde rahsia  pun. Bayar yuran keahlian, kita akan dapat business kit. Bonus tak pernah lewat, 14hb setiap bulan masuk bonus dalam akaun.

Penyata bonus ada dalam website, semua rekod tersimpan dengan baik dan boleh di akses sendiri. Kalau ada masalah, boleh terus email kepada Management Shaklee untuk dapatkan jawapan. Paling best siap boleh gunakan penyata bonus untuk beli rumah. Wow menarik sungguh ni!

*********************************************************************************************************

So, dah alang-alang tertipu dengan MLM yang satu ni, lebih baik kita fokus untuk bantu poket kita berisi sikit. Di samping tu, dapat la jugak memberi nilai di dalam hidup orang lain. Niatkan join ni sebab nak bantu orang lain, jangan masuk MLM sebab nak menganiaya orang tau. Tak baik tu.

Kalau berminat nak join Shaklee yang lain daripada lain ni, boleh hubungi Ayu segera. Lepas dah join dan niat nak buat bisnes, memang anda akan rasa bisnes ni special sangat! Pemikiran sekarang dan selepas mendaftar akan automatik berbeza. Jangan risau, pastinya gaya pemikiran berubah ke arah yang lebih baik dan tentunya yang Allah suka. InsyaAllah. 🙂

daftar ahli shaklee

pengedar shaklee banting, telok panglima garang, jenjarom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge