6 Tips bahagikan masa antara kerjaya dan bisnes

Assalamualaikum & Hi!

Sekarang ni semua pun dah mula buat bisnes online kan? semua benda pun boleh jadi duit, jual tudung, makanan, kasut, ayam ikan pun ade jugak jual online tau, siap delivery lagi! hihihi. Tapi, baru-baru ni tengah viral pulak pasal seseorang ni yang jual “doa ke Makkah” sebagai bisnes. Ketahuilah, doa yang termakbul bukan mesti berdoa depan kaabah je, tapi doa yang ikhlas, yang betul-betuk mahukan hajat tersebut sampai sanggup bangun malam utk tahajud. Janganlah sampai jual agama semata-mata utk kepentingan diri sendiri ye. Orang tak tau tapi Allah tahu.

Okaylah, back to topic. Ayu buat bisnes Shaklee sambil bekerja di Sime Darby Biodiesel. Siang di office, malam di rumah. Malam tu la nak uruskan rumah dan anak-anak, nak siapkan makan malam, luangkan masa dengan diorang, dan buat bisnes jugak. Tapi, tetap tak jadi halangan untuk Ayu buat bisnes jugak tau.

Jom Ayu kongsikan macam mana cara Ayu buat bisnes Shaklee sambil bekerja ni.

1) Rancang dengan teliti apa nak buat esok

Setiap malam, plan betul-betul urusan esok hari. Kalau ada yg perlu pos, dah bungkus siap-siap. Yg perlu COD, dah packing masuk plastik terus.

2) Schedule post

Gunakan segala medium schedule yang ada macam buffer, hootsuite, latergram dll. Supaya walaupun busy dgn meeting satu hari, dah ada 10 post korang dah ada prospek baca.

So takde lah alasan “harini tak buat sharing sebab busy meeting”. Ha gituu. Ni kan bisnes kita, so plan bebetul.

3) Gunakan masa rehat utk perkara berfaedah

Cuba pendekkan waktu makan supaya korang boleh ada waktu solat dan waktu utk reply mesej customer yg tak sempat reply tu.

4) Elakkan buat kerja bisnes pada masa waktu bekerja

Settlekan urusan kerja dan kalau boleh, elakkan buat bisnes time ni. Kena jaga juga keberkatan waktu kan sbb time datang keje kita dapat gaji atas urusan kerja. So do your work properly.

5) Sempatkan jugak untuk Dhuha

Sesibuk mana pun kita, selit lah jugak utk dhuha walaupun sekejap. Allah dah bagi pinjam nafas, bagi nikmat kerja, takkan lah nak sujud 5 minit setiap pagi tak sempat kan?

Buat setiap hari supaya Allah mudahkan urusan kerjaya & bisnes. Supaya Allah datangkan customer yg baik dan faham kalau korang lambat reply.

6) Solat awal waktu

Ni penting. Paling penting. Sibuk macam mana pun, jangan lewat-lewatkan yang ni. Jangan sampai tinggal. Ni lah salah satu kunci pintu rezeki korang terbuka luas.

Okay, cukup 6 tips dulu. Bagi yg belerja & berbisnes, esok cuba amalkan okay?

Ayu doakan sahabat2 Ayu semuanya dikurniakan rezeki yabg melimpah ruah, diberi rahmat dan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Love,

Ayu Nutrisihat 🙂

2 Replies to “6 Tips bahagikan masa antara kerjaya dan bisnes

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge