6 Tips Melatih Anak Berpuasa Tanpa Paksa

Assalamualaikum..

Anak-anak kita semua masih berpuasa? Wahh..banyak pahala puasa mereka tu. Yang penting kena pastikan anak kita solat 5 waktu ye. Jangan dah latih puasa tapi solat tinggal pulak. Hee :). Imran masih berpuasa yang yok hari-hari buka periuk. Maklumla, umur pun baru setahun jagung. Makin lasak pulak tu time bulan puasa ni..

Baru-baru ni, jadi kes viral tentang seorang budak sekolah yang meninggal dunia sebab strok haba. Kisahnya, adik ni berpuasa dan dia dah tak larat, tapi mak dia tak bagi buka puasa sebab belum masuk waktu. Mungkin mak dia rasa sayang sebab dah lebih separuh hari berpuasa. Dan akhirnya adik ni dijemput Allah sebab strok haba. Nampak macam salah ibunya, tapi hakikatnya memang takdir Allah nak ajak adik tu beraya di syurga.. 🙂

tips ajar anak berpuasa

Ayu pun tak pernah latih anak berpuasa, memang takde pengalaman. Tapi, hasil pembacaan, Ayu galakkan ibu-ibu penyayang semua amalkan tips ni supaya kita dapat melatih mereka berpuasa. Syaratnya kena latih tau, bukan paksa! 🙂

1) Bangun sahur

Pastikan anak kita bangun sahur setiap kali dia ingin berpuasa. Hidangkan makanan kegemaran dia tapi pastikan makanan tersebut seimbang seperti nasi, ikan dan sayuran. Jangan lupa berikan dia segelas susu agar tubuhnya mendapat nutrien yang cukup sepanjang berpuasa. Kalau anak tak suka susu, berikan dia mealshakes atau performance drink supaya dia kekal bertenaga dan kurang dehydrated.

2) Jangan Paksa

Anak yang baru belajar ni mesti akan rasa nak minum dan makan kan. Kalau dia sangat lapar dan minta izin berbuka, cuba strategi melengahkan waktu. Contohnya, ” Lepas solat Zuhur nanti baru boleh buka ya”. Cuba panjangkan waktu setiap hari supaya dia berjaya teruskan sehari berpuasa. Tapi, kalau nampak dia memang dah tak larat, izinkan saja berbuka, dan pujuk dia untuk cuba lagi berpuasa esok hari.

3) Buat kejutan

tips melatih anak berpuasa

Sesekali, buatkan makanan berbuka yang paling disukainya dan jarang dinikmati pada hari-hari biasa. Tujuannya untuk buat anak kita lebih bersemangat dan bersabar untuk tunggu waktu berbuka. Tapi, elakkan makanan yang tak berkhasiat sebab ia boleh ganggu ketahanan tubuh anak kita.

4) Tingkatkan keseronokan menjelang akhir Ramadhan

Biasanya, anak-anak bersemangat untuk berpuasa pada awal Ramadhan. Bila dah masuk pertengahan dan akhir Ramadhan, mereka mesti dah mula rasa bosan. Jadi cuba buat aktiviti yang boleh tingkatkan semangat mereka tu.

Contohnya, ajak mereka buat kuih raya, ataupun menghias rumah supaya mereka lupa rasa laparnya.

5) Sediakan kad ucapan

sijil berpuasa

Galakkan anak kita buat kad dan tulis tentang pengalamannya berpuasa. Kemudian, kongsikan kad tersebut dengan datuk atau nenek supaya dia berasa gembira dan bangga sebab dapat berpuasa macam orang dewasa.

Kita pun boleh buatkan kad ucapan untuk anak apabila dia berjaya berpuasa supaya dia rasa penat lelah berpuasa tu dihargai oleh ibu bapanya. Ataupun berikan sijil penghargaan atas kejayaan nya belajar berpuasa.

6) Segelas susu sebelum tidur

Bila nak tidur, puji anak kita sebab dia dah berjaya puasa pada hari tersebut. Kalau puasa separuh hari pun puji juga tau. Lepastu, ajarkan dia niat berpuasa dan ceritakan tentang hikmah dan fadilat berpuasa. Kemudian, berikan segelas susu untuk tidur yang lebih lena dan bertenaga pada esok hari.

7) Dapatkan Set Berpuasa supaya kurang rasa letih

Kalau kita yang orang besar pun rasa letih, apalagi kanak-kanak kan? Kena pergi sekolah sampai 2 sesi, mesti mereka akan mengantuk dan rasa tak larat.

Cubalah berikan mereka Set Ramadhan iaitu combination mealshake, ESP dan Performance Drink untuk menambah tenaga mereka. Ibu bapa pun boleh minum sekali tau! 🙂

—————————————————————————————————————–

Apa yang paling penting, kita jangan memaksa anak untuk berpuasa. Kalau kita paksa, mereka akan tertekan dan langsung tak nak cuba untuk belajar berpuasa. Anda boleh kongsikan pengalaman anda berpuasa ketika kecil supaya mereka nak jadikan anda sebagai idolanya. 🙂

Untuk melengkapkan lagi nutrisi harian anak kita, berikan dia vita-lea for children supaya dia tetap sihat dan cergas walaupun berpuasa. Apepun, tahniah Ayu ucapkan kerana anda berjaya menunjukkan contoh teladan yang baik untuk anak-anak. ^_^

Salam sayang,

Ayu Nutrisihat (019-2440991)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge