7 Panduan Makanan Untuk Ibu Hamil Walaupun Tubuh Bersaiz Besar

Assalamualaikum..

Selalu orang kata, orang yang bersaiz besar atau chubby ni susah nak pregnant. Iskh, tak baik kan? Ayu pun kadang rasa nak marah je kalau orang cakap macamtu. Lagi la kalau dia cakap kat tuan punya badan. Memangla tak patut..

Sebab rezeki ni kan Allah yang tentukan. Ramai je ibu-ibu kat luar sana yang bertubuh gempal masih boleh bersalin ramai anak. Comel dan gebu pulak tu! Kalau tengok rasa nak cubit pipi anak dia! Hehe..

Tapi,berat badan yang berlebihan time pregnant boleh menyebabkan banyak masalah penyakit seperti diabetis, penyakit darah tinggi dan sebagainya. Oleh itu, ibu yang bersaiz besar kena jaga pemakanan agar ibu dan bayi sentiasa kekal sihat.

Siapakah yang dikategorikan sebagai ibu bertubuh gempal?

Ok, kat sini Ayu share kan sedikit info. Mula-mula, kita kira BMI kita pada awal usia kehamilan. Kalau BMI kita antara 25 hingga 29.9, tu makna nya berat badan dah berlebihan. Kalau BMI kita 30 atau lebih, yang ni bahaya sebab dah mencapai obesiti.

Lepastu, kita kena tahu, sepanjang tempoh mengandung, hanya 0.9kg-1.3kg je pertambahan berat badan setiap bulan. So, total pertambahan berat sepanjang hamil adalah antara 7-11kg (untuk BMI berat badan berlebihan) dan 5-9 kg (untuk BMI obesiti).

Selalu trimester pertama mesti kita akan rasa loya dan tak selera makan kan? Ayu pun dulu macam tu, muntah teruk sampai kena masuk wad lagi. Tapi sebenarnya time tu tak perlu risau, sebab bayi kita tetap dapat zat makanan yang diperlukan untuk tumbesaran dia. Bayi dapat nutrisi daripada simpanan kalori dalam lemak yang disimpan oleh tubuh kita. Ha untung apa kalau badan ada lemak. Hehe 🙂

hamil tubuh besar

Apakah 7 panduan pemakanan yang terbaik bagi golongan ibu hamil yang bersaiz besar?

Seperti yang kita tahu, apa yang kita makan akan disalurkan kepada bayi. Oleh itu, keperluan nutrisi sangat penting untuk menyokong perkembangan bayi yang sihat. Seeloknya time ni, kita janganlah nak diet sebab nak kawal berat badan. Bahaya tau. Sepatutnya, kita ambil pemakanan yang seimbang dan kurang lemak.

1) Ambil sarapan

Sarapan sangat penting untuk memberikan tenaga sepanjang hari. Kalau kita tak breakfast, badan akan cepat lesu, mengantuk dan tak bermaya. Sebab tu ada pepatah English mengatakan “Breakfast like a King!”. Maksudnya, makan lah banyak-banyak time sarapan sebab itulah sumber tenaga kita sepanjang hari.

Tapi, seeloknya elakkan makanan yang tinggi kolesterol dan lemak seperti nasi lemak (satu pinggan penuh), teh tarik, roti canai, mee kari dan sebagainya. Kalau teringin nak makan pun, ambil dalam kuantiti yang sedikit untuk kurangkan kolesterol dalam badan.

2) Makan sikit tapi kerap

Tujuannya adalah untuk meningkatkan kadar metabolisme badan dan melatih badan supaya kurang lapar. Sebab, kalau dah lapar baru kita makan, time ni la kita akan makan dalam kuantiti yang berlebihan daripada yang sepatutnya. Sebaiknya makan 6 kali sehari tapi selang-seli kan dengan makanan yang ringan-ringan je. Ayu bagi contoh macamni:

Sarapan: Nasi goreng separuh & Air Milo Suam

Minum pagi: roti bakar 2 keping & air suam

Makan tengahari: Nasi putih separuh, lebihkan sayur dan protein

Minum petang: Kuih karipap 2 ketul & teh O panas

Makan malam: Sup sayur dan ikan bakar

Supper (tengah malam): biskut dan air suam

3) Protein

Pastikan setiap hidangan mengandungi protein dan elakkan makanan yang dihasilkan daripada gula halus atau tepung putih. Dengan cara ini, paras gula dalam darah akan lebih stabil dan mengurangkan rasa lapar.

Selalu ayu galakkan ibu-ibu hamil ambil protein soya yang proteinnya tidak diubah secara genetik (non-GMO). Ayu sendiri sampai sekarang minum soya non-GMO. Soya jenis ni mempunyai kandungan protein yang tinggi dan bukan macam soya yang dijual di pasaran. InsyaAllah akan membantu kita kenyang lebih lama dan lebih bertenaga.

4) Buah dan sayur

Pregnancy-Diet-for-Obese-and-Plus-Size-Women

Kalau ikut budaya barat, makan buah sebagai pencuci mulut kan..Tapi, kalau ikut sunnah, makan buah mestilah mula-mula sekali sebelum makan makanan berat. Makan buah ketika perut kosong akan bantu pencernaan yang lebih baik.

Sayur sangat penting untuk bagi khasiat lebih pada ibu dan bayi. Ada kawan Ayu memang jenis tak makan sayur sebab pahit, lepastu anak dia pun ikut tak makan sayur juga. Sebenarnya, kita kena lawan perasaan “tak suka” ni bila fikirkan khasiat untuk anak.

5) Lemak baik

Gunakan lemak tidak tepu seperti minyak kacang tanah, kanola dan minyak zaitun bagi menggantikan penggunaan minyak lemak tepu iaitu lemak haiwan, minyak kelapa sawit dan marjerin. Kalau masak sayur atau sup, ataupun nak buat ikan dan ayam panggang, boleh la guna minyak zaitun.

6) Diari makan

food-journal-diaryAmalkan menulis apa yang kita makan di dalam sebuah buku nota khas untuk kenalpasti jumlah kalori yang diambil setiap hari. Ini penting supaya kita tahu banyak mana makanan yang kita ambil sekaligus dapat mengawal berat badan.

Ayu cadangkan, kita sediakan satu buku kecil macam buku 555 tu, tulis tarikh dan apa yang kita makan. Nanti setiap hujung minggu, baca balik buku tu dan kenal pasti banyak mana kalori yang kita ambil. Kalau dalam buku tu kita tulis sarapan nasi lemak hampir setiap hari, so untuk minggu yang seterusnya kena elakkan nasi lemak.

7) Folat

Asid folik amat penting dalam fasa pembentukan bayi. Ibu hamil yang bersaiz besar memerlukan lebih asid folik untuk kesihatan ibu dan bayi. Sebabtu doktor mesti akan bekalkan dengan pil asid folik bila kita buat check-up.

Tapi zaman sekarang ni, susah nak dapatkan nutrisi yang lengkap dan seimbang. Sayur pun kadang tu dah termusnah khasiatnya sebab dah terlalu masak (over-cooked). Sebabtu masa pregnant Imran dulu, Ayu ambil suplemen untuk tambahkan nutrisi dalam badan.

Bila kita pregnant, badan lemah lesu, loya, badan pun sakit-sakit, kalau boleh Ayu tak nak lah suami nampak Ayu ni selekeh sangat. Sebolehnya memang nak sangat tunjukkan kat suami walaupun kita pregnant, badan kita tetap cergas dan sihat. Paling tidak pun suami boleh puji sikit, “ayang ni makin comel la walaupun nampak berisi sikit”. Ha..mahu tak kembang setaman kena puji macam ni? Hihi 😀

Lepas amalkan set kehamilan premium Shaklee, memang seronok sangat. Sebab semua khasiat untuk hamil macam zat besi, vitamin C, protein, asid folik, omega dan kalsium, semua ada dalam set ni. Malam-malam dah kurang kejang kaki. Bangun pagi pun rasa segar. Loya pun berkurang. Muka pun macam berseri-seri sikit, ehehe 😀

Cuba tengok video kakak ni, cergas betul badan dia walaupun pregnant. Siap boleh lagi naik tangga, dengan perut dan badan yang makin membesar tu. Ayu pun kagum tengok dia.

Kalau mommies dah mula rasa badan makin berisi, tak larat nak jalan sebab sakit kaki, pinggang pun sakit, atau asyik lesu je, dah tiba masanya untuk mommies dapatkan suplemen untuk membantu masalah-masalah tu. Mommies boleh hubungi Ayu di talian 019-2440991 untuk konsultasi yang mesra dan percuma. 😀

Walau besar mana pun saiz badan kita, selagi kita masih mampu mengandung dan beri zuriat buat suami tersayang, kita memang supermom yang hebat!

 

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge