8 Cara Mengurangkan Sakit Bengkak Susu

Assalamualaikum & Hi!

Bagi semua yang bergelar seorang ibu, mesti pernah dengar tentang bengkak susu kan? Ayu pernah kena ni masa menyusukan Imran dulu. Pengalaman anak pertama kan, so memang tak tahu pape pun. Sakit sampai nak demam rasanya. Sekarang ni tengah berpantang anak kedua, ada jugak rasa macam nak bengkak susu haritu, tapi dah ready awal-awal. Bila rasa macam nak kena je, terus cepat-cepat buat langkah pencegahan.

Bengkak susu selalunya terjadi ketika minggu pertama dan kedua selepas bersalin. Waktu ni, payudara kita menjadi berat dan penuh disebabkan oleh penambahan aliran darah ke dalam payudara, penambahan susu, dan pengumpulan cecair di dalam payudara.

Sebelum kita cuba cara nak atasi, kita kena kenal pasti dulu apa punca bengkak susu ni. Ada beberapa faktor yang menjadi punca seperti:

  • Tidak menyusukan bayi dengan kerap
  • Tidak menjaga jadual mengepam (hanya pam bila payudara penuh)
  • Bayi diberikan susu formula atau puting di awal kelahiran yang menyebabkan bayi tidak mahu menyusu
  • Payudara tidak dikosongkan dengan berkesan semasa memerah susu
  • Posisi dan lekapan yang tidak betul oleh bayi menyebabkan pengaliran susu tidak efisyen.
  • Memakai bra yang ketat, atau memakai underwire bra

Kalau payudara dah rasa sakit, kena cepat-cepat buat langkah untuk meredakan sakit tu. Kalau boleh jangan biar lama sangat, takut melarat sampai demam, jangkitan kuman dan boleh jadi mastitis.

cara atasi bengkak susu

Jom Ayu kongsikan 8 cara untuk mengatasi masalah bengkak susu ni.

1) Susukan anak dengan kerap

  • Kita digalakkan untuk menyusukan anak dengan kerap, kalau boleh 2-3 jam sekali. Kalau baby tidur, kita rasa macam nak tidur jugak kan? hehe. Tapi seeloknya kejutkan baby untuk menyusu. Sebab dalam tempoh ni, selalunya memang payudara dah mula penuh.
  • Tapi kalau baby menolak, kita digalakkan untuk pam dengan suction yang paling rendah. Atau boleh jugak perah menggunakan teknik marmet untuk mengurangkan pengumpulan susu di dalam payudara.

2) Tuam dengan air suam

  • Tuam bahagian payudara yang sakit dengan air suam. Ia akan membantu mencairkan susu di kawasan yang tersumbat. Ataupun mandi dengan air suam dan halakan air suam tu di bahagian payudara yang sakit.
  • Pengalaman Ayu dulu, mesti mandi dengan air suam, lepas dah siap mandi, terus cepat-cepat susukan baby. Kalau time tu baby tidur, lepas mandi terus pam kedua-dua payudara serentak.

3) Bantuan anak yang lebih besar

  • Kalau masih menyusukan anak yang berumur setahun atau 2 tahun, boleh minta bantuan mereka untuk menyusu di bahagian payudara yang bengkak. Bayi pula hisap di bahagian satu lagi (payudara yang tak sakit). Susukan secara “tanderm nursing” iaitu kedua-dua anak disusukan serentak.

4) Gunakan sikat rambut

  • Salah satu cara untuk meredakan sakit adalah dengan menggunakan sikat rambut. Sikatkan payudara daripada bahagian atas hingga ke puting. Lakukan sehingga kita dapat rasa yang kawasan bengkak semakin surut. Sekiranya ketika itu susu mengalir keluar, boleh gunakan milk collector untuk mengumpul susu atau tadah menggunakan botol susu.

5) Gunakan bra yang sesuai

  • Elakkan pemakaian bra yang ketat, atau jenis underwire bra di minggu awal selepas bersalin.
  • Ini kerana, pada peringkat awal penghasilan susu, kita akan perasan yang payudara kelihatan besar, berat dan penuh. Pemakaian bra yang ketat atau underwire bra akan menghalang pengaliran susu yang baik dan boleh mengakibatkan bengkak susu apabila payudara penuh.

6) Tuam dengan daun sirih dan minyak zaitun

  • Caranya, sapukan minyak zaitun pada permukaan daun sirih, kemudian layurkan daun di atas api.
  • Setelah daun sirih hampir layu, tuamkan pada payudara di bahagian yang sakit. Lakukan sehingga sakit semakin surut.

7) Menggunakan nipple shield

nipple shield

  • Bila payudara dah bengkak, puting akan kelihatan tenggelam dan menyukarkan bayi untuk menyusu.
  • Sebagai alternatif, boleh la gunakan nipple shield untuk membantu mengeluarkan puting. Pilih bukaan yang sedikit kecil, tapi masih mampu mengeluarkan puting tanpa rasa sakit.
  • Letakkan di payudara, then pakai bra yang sesuai dan tak longgar. Lakukan 30 minit sebelum menyusukan bayi.
  • Langkah ni pun sesuai dipraktikkan bila puting kita luka.

8) Pengambilan lecithin

Lechithin Shaklee

  • Lecithin mampu membantu memecahkan gumpalan lemak di dalam badan kita.
  • Oleh itu, ia juga akan membantu memecahkan susu yang terkumpul di dalam payudara, dan membantu meredakan bengkak susu.
  • Ayu memang sediakan lecithin sebagai “langkah kecemasan” untuk persediaan bengkak susu ni. Alhamdulillah, pengalaman menyusukan Imran dan Amna, dengan izinNya, memang lecithin sangat membantu ketika bengkak susu. 🙂

Bengkak susu yang berterusan akan menjejaskan penghasilan susu dalam jangka masa panjang. Ini kerana badan kita akan mendapat isyarat yang susu tak perlu dihasilkan lagi.

Biasanya bengkak susu akan surut dalam satu hingga 2 hari sekiranya tindakan awal diambil. Kesan buruk mungkin timbul jika dibiarkan berlarutan seperti:

  • Saluran susu tersumbat
  • Keradangan atau inflamasi payudara (non infectious mastitis)
  • Jangkitan kuman pada payudara (infectious mastitis)
  • Penghasilan susu berkurangan dalam jangka masa panjang
  • Berhenti menyusu lebih awal

Sekiranya sakit semakin berlarutan, Ayu nasihatkan untuk terus berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Walau apepun masalah yang timbul, kita tetap perlu memberikan susu ibu kepada bayi untuk menguatkan antibodi badannya. Jangan mudah menyerah kalah dengan alasan susu sedikit, kerana ada di antara kita yang diuji dengan tiada susu langsung. Maka, yang sedikit itu pun tetap juga berharga. 🙂

Happy breastfeeding to all mommies!

****************************************************************************************************************

Jika berminat untuk membeli Lecithin Shaklee, boleh hubungi Ayu segera di nombor yang tertera di bawah untuk tempahan dan konsultasi istimewa khas untuk pelanggan nutrisihat. 🙂

pengedar shaklee banting, telok panglima garang, jenjarom

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge