8 Tanda-tanda Keguguran Yang Bakal Ibu Wajib Tahu

Assalamualaikum..

Apa khabar ibu-ibu yang sedang hamil? Dah boleh rasa baby tendang belum? Hehe 🙂

Bila fikirkan tentang kehamilan, mesti kita akan terfikir sekali tentang hal-hal negatif seperti keguguran kan? Masa Ayu pregnant kali kedua, tak dinafikan Ayu ada terfikir tentang hal ini. Sebab macam rasa lain macam kandungan kali ni. Ayu tak mabuk, lepastu sakit mencucuk-cucuk di bahagian bawah perut.

Sampai lah saat rasa sakit teramat sangat macam contraction, rupanya Ayu dah keguguran pada minggu ke-10. Sedih tu memang fitrah manusia, tapi lebih kepada redha. Sebab Allah uji mesti ada hikmah yang terbaik. Allah kan sayang hambanya.. Kisah keguguran ni ada Ayu ceritakan di sini.

Tapi waktu Ayu keguguran hari tu, Ayu tak tahu sangat pun apa tanda-tandanya. In fact, Ayu tak pergi check kat klinik pun walaupun dah mula ada spotting (secalit lendir coklat). Yela, ingatkan takde masalah yang lebih serius. Sampai dah sakit teruk baru nak pergi check, tapi takde pula klinik yang buka time tu. Huhu sobss 🙁

tanda-tanda keguguran

Sebab tula, Ayu nak kongsikan tanda-tanda keguguran ni sebagai ilmu baru untuk bakal-bakal ibu kat luar sana. Selalunya keguguran boleh berlaku sebelum minggu ke-12 (trimester pertama). Tapi takdir Allah, ada juga yang selepas minggu ke-12. Memang la kita nak kandungan kita membesar dengan sihat, tapi kena ambil tahu juga hal ni. Simpan sebagai ilmu tambahan ye..

1) Hilang tanda-tanda kehamilan

Bila kita hamil, kita akan rasa loya, cepat mengantuk, letih, sakit pinggang dan sebagainya. Tapi, bila anda sedar yang tanda-tanda ni dah takde, kena alert dan jumpa doktor untuk buat pemeriksaan. Masa Ayu dulu memang takde mabuk daripada awal kehamilan, sebab tu tak dapat nak detect.

2) Sakit

Anda mungkin rasa sakit di bawah perut, sakit pinggang, atau terasa kejang pada otot pelvis. Sakit mula-mula tu biasa, tapi lama kelamaan akan rasa sakit macam senggugut tapi lebih tajam.

Sakit kat bawah perut ni memang Ayu rasa macam senggugut. Rasa mencucuk-cucuk je kat bawah perut. Lepastu sakit-sakit pinggang bila duduk lama.

3) Pendarahan

Pendarahan tak semestinya keluar sekali banyak. Ayu haritu keluar dark spotting, macam secalit je macamtu. Petang ada lagi, tapi esok pagi dah takde. Lepastu ada keluar lagi macam darah pulak.

Bila malam baru terasa darah mengalir sikit-sikit. Esoknya, terus macam darah period (haid). Tapi, bau dia bukan bau darah haid. Warna pun merah menyala macam darah nifas.

Yang penting, kalau anda ada keluar tanda-tanda secalit darah atau brown spotted, jangan tunggu lagi. Terus je pergi check kat klinik tau sebelum jadi tumpah darah.

4) Tiada denyutan jantung bayi

Denyutan jantung ni boleh check melalui ujian ultra-sound. Biasanya, heart beat baby boleh dengar bermula pada minggu ke-7. Kalau kita check masih ada denyutan jantung bayi, InsyaAllah bayi kita sihat dalam perut. Kalau denyutan tak dengar, mungkin ada masalah pada kandungan kita.

Mula-mula Ayu scan pada minggu ke-6, time ni tak dengar denyutan jantung lagi. Tapi dah nampak la kantung baby tu. Lepas dah bleeding, Ayu pun tak pergi buat ujian ultra-sound, so Ayu memang tak dapat la nak check denyutan jantung ni. 🙁

5) Tiada pergerakan janin

Keguguran pun boleh berlaku selepas minggu ke-12 kandungan. Selalunya masuk minggu ke-18, ada yang dah boleh rasa tendangan baby dalam perut kan? Selalunya kalau kita tidur dan baby berehat, pergerakan baby mungkin berkurangan dalam tempoh 4 jam.

Tapi, bila dah 4 jam atau lebih, anda rasa macam baby takde pergerakan atau rasa tak aktif, anda kena segera ke hospital untuk buat pemeriksaan.

6) Sakit belakang

Kalau cuma lenguh kat pinggang tu mungkin takde masalah. Tapi kalau rasa sakit mencucuk-cucuk kat tulang belakang, sampai nak baring dan duduk pun tak boleh, mungkin ada yang tak kena.

Ayu dulu siap terguling-guling kat katil. Sebab sakit belakang yang teramat sangat. Macam contraction, betul-betul rasa macam nak bersalin Imran dulu tapi kali ni tanpa sebarang ubat bius. Huhu

7) Ujian kehamilan bertukar negatif

Bila paras hormon hCG berkurang, urine test akan menunjukkan tanda negatif. Kalau anda check UPT dah jadi negatif, ada 2 kemungkinan. Samada anda keguguran, ataupun hamil luar rahim (ektopik).

Ayu check malam keguguran tu masih positif, tapi tu sebelum tengah malam yang Ayu rasa macam nak bersalin la. Mungkin masa buat UPT tu, paras hCG masih tinggi lagi.

8) Keluar ketulan atau tisu

Kalau darah yang keluar ada sedikit ketulan, lendir yang tebal atau serpihan tisu, terus berjumpa dengan doktor anda. Kalau ketulan semakin banyak diiringi rasa sakit di bahagian bawah perut, dikhuatiri tu ketulan daging bayi.

Masa Ayu keguguran, memang keluar seketul daging dan uri bayi. Tiada kata yang terungkap melainkan air mata yang berlinangan. Sebab ketakutan yang Ayu pendam akhirnya menjadi kenyataan. :'(

—————————————————————————————————————-

Kehamilan pada trimester pertama memang kena jaga elok-elok. Kalau ada anak yang lebih besar, kurangkan dukung dia atau elakkan untuk dukung selagi boleh. Jangan angkat barang yang berat-berat.

Selalunya, depends pada ibu juga. Ada yang memang boleh jadi supermom walaupun pregnant. Tapi, kalau masih rasa tak yakin, better jaga-jaga dulu. Elakkan perkara yang membahayakan diri dan kandungan. Letakkan sepenuh pergantungan pada Allah.

Tapi, jika anda mengalami keguguran, bertabahlah. Tentu saja Allah nak berikan yang lebih baik buat kita. Mungkin kalau kandungan kita berjaya diselamatkan, kemungkinan bayi kita tidak sempurna atau ada masalah kesihatan yang kronik. Berbaik sangka lah dengan Allah, kerana Allah maha mengetahui segala yang kita tak ketahui.

scan baby

Mama bersyukur dapat tengok awak sekecil ini sayang. :’)

Jangan sedih lagi..senyum.. ^_^

Salam mesra,

Ayu Nutrisihat (019-2440991)

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge