9 Cara Pudarkan Parut Jerawat Dengan Bahan Yang Ada Kat Dapur Je!

Assalamualaikum & Hi! 🙂

Harini Ayu nak berkongsi teknik semulajadi untuk pudarkan parut jerawat. Masa jerawat Ayu teruk zaman belajar dulu, memang asyik tumbuh bagaikan cendawan. Bertambah sedih bila tengok muka kawan-kawan lain elok je, tapi muka Ayu penuh jerawat.

Selepas 6 tahun, baru jerawat mula reda. Dia dah boring nak hinggap kat muka Ayu dah kot. haha. Sekarang ni Alhamdulillah dah takde jerawat, melainkan time period lah. Time tu ade la jugak 2-3 ketul anak-anak jerawat datang melawat. Sabo je lah.

Now, misi untuk pudarkan parut jerawat ni. Sambil Ayu sendiri cuba, Ayu nak share kat anda semua 11 cara untuk hilangkan parut menggunakan bahan semulajadi. Tapi kena buat konsisten la baru hasilnya wow! 🙂

cara pudarkan parut jerawat

1) Perahan Jus Lemon

Lemon ni macam peluntur semulajadi tau. Vitamin C dalam lemon ni bantu bina semula kolagen. So kalau kita guna jus lemon, parut jerawat akan semakin pudar. Ha nak tau tak kenapa lemon ni bagus sangat?

Sebab, jus lemon juga merupakan agen pencerah semulajadi yang terbaik. Asid dalam lemon tu yang akan cerahkan kulit kita dan lebih cepat pudarkan parut pada wajah. Bukan tu je, kedutan pun boleh berkurang, dan kalau anda ada jerawat yang tengah bengkak tu, jus lemon pun boleh bantu surutkan bengkak kemerahan tu.

Lemon pun mudah nak dapat, siap-siap buat stok dalam peti. Tapi kena ingat tau, kalau baru lepas sapu jus perahan lemon pada wajah, jangan terus terdedah dengan cuaca panas. Sebab nanti kulit kita jadi sensitif kepada cahaya matahari tu. So lebih sesuai untuk anda apply tips ni sebelum tidur.

Ada 2 cara nak guna jus lemon ni, boleh sapu direct pada wajah ataupun buat masker.

Cara nak guna jus lemon pada wajah.

Sediakan sebiji atau 2 biji lemon, 1 sudu kecil madu, cotton ball atau boleh guna kapas muka.

Cara-caranya;

  • Perah sebiji lemon, dan asingkan jus. Ambil cotton ball atau tisu muka, then basahkan dalam air jus tadi.
  • Sapu cotton ball tadi pada seluruh wajah terutama bahagian yang berparut.
  • Biarkan 10-15 minit kemudian baru cuci dengan air bersih.
  • Buat sehari sekali selama 2 hingga 3 minggu untuk kesan yang lebih efektif dan hasilnya yang menakjubkan!

Cara nak buat jus lemon sebagai masker.

Apa yang anda perlukan;

  • 1 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu besar madu
  • 1 sudu besar minyak almond (kalau takde, boleh gantikan dengan minyak kelapa dara)
  • 2 sudu besar susu

Cara-caranya;

  • Campur semua tu dalam satu bekas, dan sapu pada wajah sehari sekali selama 7-10 hari konsisten. Anda akan dapat lihat hasilnya! 🙂
  • Jangan terdedah kepada cahaya matahari lepas pakai masker ni. Sebabtu sesuai pakai malam sebelum tidur.

2) Madu

Madu pun boleh membantu pudarkan parut jerawat dan lembutkan kulit muka. Jom cuba 3 cara mudah ni.

  • Sapu madu pada parut jerawat dan biarkan semalaman. Bangun pagi nanti baru cuci bersih-bersih. Tapi pastikan rumah anda takde semut tau! hikss :p
  • Cara lain, campurkan 2 sudu besar madu dengan 1/4 cawan oatmeal. Sapu pada parut jerawat, biarkan dalam 15-20 minit kemudian cuci dengan air suam.
  • Cara ketiga, campurkan 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis dalam 1 sudu besar madu. Sapu rata pada parut jerawat. Biarkan 1 jam atau semalaman kemudian cuci bersih-bersih.

Konsisten buat selama 2-3 minggu untuk lihat hasilnya. Lepas ni tak yah beli krim pemutih yang bahaya tu dah. Buat natural je selamat. hehe

3) Aloe Vera

Siapa ada tanam pokok aloe vera?

Kalau anda ada pokok tu, lebih mudah untuk buat tips ni. Petik tepi tingkap je pastu tepek kat muka. Hihi

Aloe vera ni bukan je boleh bantu surutkan bengkak jerawat, tapi boleh bina semula tisu yang rosak dan cepatkan proses baik pulih kulit atau healing process. Lebih bagus guna yang fresh daripada pokok tu berbanding yang dijual kat kedai.

Sebab yang dah jadi produk ni selalunya dah bukan pure aloe vera dah, ada macam-macam campuran untuk hasilkan beribu-ribu botol untuk pasaran.

Cara nak guna Aloe Vera.

Ambik daun aloe vera dan kupas bahagian luar yg kaler hijau tu. Nanti anda akan nampak ada gel kat bahagian dalam tu kan. Ambik gel tu dan sapu pada parut jerawat. Biarkan selama setengah jam, kemudian cuci bersih.

Anda boleh apply gel aloe vera ni 2 kali sehari untuk hilangkan parut jerawat dengan lebih cepat. Nanti kan anda akan perasan, bukan je parut jerawat makin pudar, tapi kulit lebih glowing dan tegang gitu. Best tau! 🙂

4) Olive Oil (minyak zaitun)

Selalu kita guna olive oil untuk masak kan? So kalini boleh guna kat kulit sebab minyak zaitun ni kaya dengan vitamin A, D, E, C, B1 dan B2, ada zat besi dan antioksidan. Minyak ni ade ciri-ciri anti-inflammatory (anti keradangan) yang boleh bantu pudarkan parut jerawat.

Apa yang anda perlukan;

  • Minyak zaitun
  • Air suam
  • Tuala bersih

Cara penyediaan;

  • Ambil sedikit minyak zaitun dan urut lembut pada wajah. Fokuskan pada area parut jerawat.
  • Urut selama beberapa minit sampai anda rasa yang minyak tu dah meresap pada kulit.
  • Then, ambil tuala bersih tadi dan basahkan dengan air suam
  • Tekap tuala lembap tadi pada wajah supaya kita rasa hangat je kat muka kita
  • Kemudian, dengan lembut, sapu tuala tadi pada wajah untuk buangkan minyak yang berlebihan pada kulit. Jangan sapu kasar tau. Lembut sopan santun je gitu.
  • Lepas 1-2 minit, boleh la cuci muka dengan air biasa.

5) Baking Soda

For your info, baking soda ni ada exfoliating effects, iaitu kesan penggelupasan yang membantu untuk pudarkan parut jerawat dengan lebih berkesan. Yang paling best, penggunaan baking soda ni bantu tanggalkan sisa kulit mati tanpa keradangan pada kulit. Dia bukan jenis menggelupas pedih macam guna sesetengah produk tu. Yang ni cuma menggelupas biasa je, tak pedih pun.

Cara guna baking soda ni;

  • Ambik 2 sudu kecil baking soda dan larutkan dalam sedikit air supaya jadi pes.
  • Urut pada kulit wajah dengan lembut menggunakan pes tadi dan fokuskan pada bahagian yang ada parut jerawat.
  • Urut selama 2-3 minit then biarkan dia kering pada kulit wajah selama beberapa minit.
  • Kemudian, cuci dengan air suam.
  • Kalau ada pelembap (moisturizer), boleh la sapu pada kulit lepas dah cuci tadi tu. Kalau takde, boleh je guna minyak zaitun.
  • Boleh cuba 2-3 kali seminggu.

6) Ubi kentang

Kaedah guna ubi kentang ni perlukan kesabaran yang tinggi. Tapi amazingnya, anda boleh lihat hasilnya parut jerawat memang pudar! wahh best tau, lepasni beli kentang banyak-banyak untuk jadi facial muka je. hihi

Cara-cara guna ubi kentang;

  • Ambil sebiji kentang dan potong membulat dalam beberapa hiris
  • Ambil 1 hiris kentang tadi dan gosok pada parut jerawat dalam bentuk bulatan
  • Teruskan gosok secara lembut sampai kentang tadi dah mula kering
  • Then, ambil hirisan kentang yang lain dan buat macam tadi jugak.
  • Ulang langkah ni dalam 15-20 minit.
  • Bilas wajah dengan air bersih.
  • Sapu pelembap atau olive oil pada wajah.

Cuba kaedah ni selama 3-4 kali seminggu untuk 1-2 bulan bergantung kepada parut jerawat anda. Ia mungkin semakin pudar atau masih lagi kelihatan walaupun tak seteruk dulu.

7) Tomato

Cara nak guna tomato untuk parut jerawat ada 2 cara, satu yang mudah, satu lagi yang tak-berapa-nak-mudah la hahaha.

Cara 1:

  • Ambil sebiji tomato dan hiris nipis
  • Hancurkan hirisan tomato tadi macam jadi pes
  • Tepek pes tomato kat muka dan biarkan selama 15-20 minit
  • Cuci wajah bersih-bersih
  • Ulang step ni sehari sekali selama seminggu atau 2 minggu.

Cara 2:

Cara kedua ni anda perlu cari bahan lain pulak.

  • 2 biji tomato
  • 1 biji timun
  • 2 biji avocado

Cara-caranya;

  • Hancurkan tomato tadi
  • kisar timun dan avocado untuk dapatkan jus
  • Campurkan ketiga-tiga tu
  • Sapu pada wajah
  • Biarkan 15-20 minit
  • Bilas dengan air;

8. Cuka Epal

Selama ni Ayu pernah guna cuka epal untuk turunkan berat badan je. So sekarang ni cuba untuk jerawat pulak. Cuka epal ni adalah anti-septik dan pembunuh kuman semulajadi tau. Ia juga membantu seimbangkan level pH badan dan kulit kita.

Lagi best, disebabkan cuka epal ni bagus sebagai anti bakteria dan anti-inflammatory (halang keradangan), sebabtu ia sangat bagus untuk merawat dan pudarkan parut jerawat tau. Anda boleh gunakan cuka epal ni dengan air atau dengan madu.

Cara 1: dengan air

  • 1 sudu besar cuka epal
  • 1 sudu besar air
  • kapas muka atau cotton ball

Cara-caranya:

  • Campurkan cuka epal dan cuka
  • Celupkan cotton ball atau kapas muka ke dalam campuran tadi
  • Biarkan 5-10 minit
  • Bilas dengan air
  • Buat sehari sekali

Cara 2: dengan madu

  • 2 sudu besar cuka epal
  • 2/3 cawan air
  • 1-2 sudu besar madu
  • Kapas muka atau cotton ball

Cara-caranya:

  • Campurkan ketiga-tiga bahan tu.
  • Celupkan kapas muka/ cotton ball dalam tu
  • Sapu pada wajah terutama bahagian yang berparut
  • Biarkan dia kering sendiri dalam setengah jam
  • Bilas dengan air. Kalau rasa melekit sebab ada madu, boleh cuci dengan air suam.
  • Buat sehari sekali

9. Vitamin E

Vitamin E ni memang sangat bagus untuk kulit kita. Ia membantu lembutkan kulit kita, pudarkan parut jerawat dan lembapkan kulit wajah. Kajian mendapati, penggunaan vitamin E akan membantu penyerapan vitamin A yang lebih baik dalam badan kita. Bila kita consume vitamin E (samada daripada sayuran, buah atau suplemen), lemak dalam badan kita akan menyerap vitamin E tersebut.

Kemudian, vitamin E dan vitamin A akan bergabung dan membantu lembutkan kulit, menghasilkan kulit yang anjal dan kurang berminyak. Kekurangan vitamin E boleh sebabkan kulit kering dan penyebab jerawat.

Ok jom kita tengok cara nak gunakan kaedah ni.

Cara-caranya;

Pastikan anda mempunyai kapsul vitamin E atau minyak vitamin E.

Kemudian, ikut langkah mudah ni.

  • Wapkan muka supaya pori-pori wajah terbuka.
  • Ambil beberapa titis minyak vitamin E, atau kalau anda guna kapsul, picit kapsul tersebut untuk keluarkan vitamin E.
  • Sapukan vitamin E tersebut pada parut jerawat anda.
  • Kemudian, urut lembut kawasan tersebut untuk 10 minit atau hingga minyak betul-betul meresap dalam kulit.
  • Biarkan 15-20 minit kemudian cuci.
  • Ulang langkah ni setiap hari.

Kalau takde vitamin E, anda boleh dapatkan Vitamin E keluaran Shaklee yang sangat berkesan dan effective untuk pudarkan parut jerawat.

Atau kalau anda rasa susah nak apply semua tips hilangkan parut jerawat ni, anda masih ada pilihan untuk pudarkan parut wajah dengan mendapatkan Set Kecantikan Shaklee daripada Ayu. Sempat lagi ni untuk tampil cantik dan berseri di hari raya nanti! 🙂

Untuk order dan consultation tentang produk Shaklee feel free untuk hubungi Ayu ye. Call je 019-2440991 dan pasti terdengar suara adik manis lagi merdu jawab telefon nanti. Ahakssss :p

Okay korang, jumpa next enty ya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge