Baca Tips Ni Supaya Anda Tak Sakit Pinggang Lagi Walaupun Sarat Mengandung

Assalamualaikum..

Kaum wanita yang hamil memang takkan terlepas daripada sakit pinggang ni. Selalunya masalah ni timbul bila kandungan mencecah trimester kedua. Waktu ni mula la rasa sakit pinggang bila duduk lama sangat, macam Ayu terpaksa letak bantal dalam kereta & kat ofis untuk kurangkan rasa sakit tu.

Sakit pinggang ni selalunya dikaitkan dengan beberapa faktor. Antaranya disebabkan oleh peningkatan hormon badan yang akan mengurangkan ikatan sendi dan ligamen yang mengikat tulang pelviks pada tulang belakang. Apabila perut membesar, berat badan semakin bertambah, payudara juga turut membesar, dan segala peningkatan ini akan memberi tekanan pada tulang belakang kita.

sakit pinggang ketika hamil

Masa pregnant Imran, Ayu banyakkan membaca cara untuk mengurangkan masalah ni. Jadi hari ni terfikir pulak untuk kongsikan dengan kawan-kawan. Sebab pengalaman Ayu sendiri, lepas cuba cara-cara ni, memang kurang la sakit belakang tu.

sakit belakang ketika hamil

Tips 1: Elakkan kasut tumit tinggi

Kasut bertumit tinggi akan memberikan tekanan yang tinggi pada tulang untuk menyeimbangkan badan ketika berdiri atau berjalan. Sangat digalakkan untuk memakai kasut yang rata, lembut dan selesa dipakai. Walaupun ada kalanya kita suka bergaya, tapi lebih baik elakkan kalau tak nak merana. Hee 🙂

Tips 2: Posisi tidur mengiring

Tidur dalam keadaan mengiring dengan kedua sendi lutut dibengkokkan sedikit dan letakkan bantal di antara lutut dapat memberikan keselesaan.

cara tidur ketika hamil

Untuk bangun dari katil, mengiring dan bengkokkan sedikit peha dan lutut. Gunakan tangan untuk menolak badan anda dan berdiri dengan berhati-hati.

Kalau ada bantal yang khas ni memang best. Tidur lena sampai ke pagi. 😀

bantal tidur

Tips 3: Elakkan berdiri terlalu lama.

Berdiri terlalu lama akan memberi tekanan kepada tulang belakang. Lagi-lagi bila kandungan dah mencecah bulan ke-5. Berdiri tegak dengan postur yang salah hanya akan menambahkan kesakitan anda.

ibu hamil

Tips 4: Elakkan mengangkat barang dengan postur badan yang salah

Jika perlu mengangkat barang, pastikan anda membengkokkan kedua lutut dan jangan bengkokkan badan. Jika perlu menyidai baju, letakkan bakul di atas kerusi untuk mengelakkan anda kerap membongkok untuk mengambil baju di dalam bakul.

angkat barang

Jika anda mempunyai anak yang masih belum berjalan, dukung anak dengan cara yang betul untuk mengurangkan sakit badan. Seeloknya, kurangkan aktiviti mendukung anak dan jika perlu, minta suami atau saudara terdekat untuk mendukung anak anda.

dukung anak

Tips 5: Senaman ketika mengandung

Mulakan senaman yang berterusan untuk meregang dan menguatkan otot yang menyokong tulang belakang, otot abdomen dan kaki. Aktiviti berenang boleh menguatkan otot abdomen, belakang badan dan kaki serta mengurangkan tekanan ke atas sendi-sendi tulang. Senaman juga boleh mengawal penambahan berat badan yang keterlaluan ketika mengandung. Selain itu, simple aerobics, berjalan, yoga ataupun stretching dapat membantu badan anda lebih relaks.

Tips 6: Memakai pakaian dalam yang khas untuk ibu mengandung

Hal ni selalu dipandang ringan oleh sesetengah ibu mengandung. Ingat ye mommies, tempoh mengandung adalah tempoh yang mana kita semua diuji dengan pelbagai kesakitan yang berbeza bagi setiap orang. Jadi, kita kena bersedia walaupun dengan hal yang paling ringan. Pakaian dalam yang ketat hanya akan memberikan tekanan pada tulang kita untuk menyokong bahagian yang mula membesar seperti payudara dan punggung.

pakaian hamil

Tips 7: Ambil kalsium yang mencukupi setiap hari

Seperti yang kita semua maklum, pengambilan kalsium sepanjang mengandung amat penting semasa hamil. Ini kerana, kalsium sangat diperlukan untuk pembentukan tulang bayi di dalam perut, selain ianya perlu untuk menguatkan tulang si ibu.

Minumlah susu yang khas untuk ibu mengandung, sehari 2 kali iaitu pada waktu pagi dan sebelum tidur. Anda akan mendapati diri anda lebih tenang selepas meminum secawan susu suam. Ayu amalkan minum susu Anmum ketika mengandung dulu, tapi hanya bertahan pada tempoh 3 bulan pertama.

Selepas itu, tekak mula la rasa loya dan memang tak boleh nak telan susu langsung. Terpaksa juga telan pil kalsium untuk pastikan Ayu dan baby dapat bekalan kalsium yang cukup. Tapi bonusnya, bukan je sakit pinggang berkurang, tapi bangun tidur lebih cergas dan proses ke toilet setiap pagi sangat lancar. Alhamdulillah..

———————————————————————————————————————-

Hakikatnya, tiada ubatan yang khas untuk mengurangkan masalah ini. Tetapi, kaedah dan cara untuk mengurangkan kesakitan ni memang sangat membantu. Paling penting, selain tips-tips di atas, pengawalan berat badan juga amat penting sebagai salah satu usaha untuk mengurangkan sakit pinggang. Elakkan makanan berat pada waktu malam dan makanlah makanan yang berkhasiat.

Semoga bermanfaat! Kalau nak dapatkan pil kalsium yang Ayu maksudkan tu, boleh hubungi Ayu. Kalau anda berada di kawasan Jenjarom, Telok Panglima Garang dan Banting, boleh la Ayu COD terus kepada anda. 🙂

Salam Sayang,

Ayu Nutrisihat (019-2440991)

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge