Cara dan kelebihan mendaftar sebagai ahli Shaklee

Assalamualaikum & Hi 🙂

Semakin hari semakin ramai yang berpuas hati dengan vitamin semulajadi ni. Daripada nak cuba je dulu, terus mereka mendaftar sebagai ahli. Yela kan, ada yang badan makin slim lepas consume Set Kurus Shaklee, ada juga yang rasa badan cergas bertenaga ketika berpantang sebab ambil Set Bersalin Shaklee. Tak kurang juga yang muka makin cantik dan jerawat pun pulih lepas makan Set Kecantikan Shaklee. Alhamdulillah, semuanya dengan izin Allah dan asbab cara pemakanan vitamin yang betul.

Selalunya, pengguna tegar ni lebih suka mendaftar sebagai ahli Shaklee sebab nak dapatkan lebih penjimatan bila membeli dengan harga ahli ni. Bukan itu sahaja, anda juga layak untuk mendapat lebih banyak benefit lain bila mendaftar sebagai ahli.

Ok, jom Ayu kongsikan cara mendaftar sebagai ahli Shaklee dan apa kelebihannya. 🙂

daftar ahli

Cara Mendaftar Sebagai Ahli

1) Yuran Keahlian Jika Mendaftar Sendiri di Shaklee Hq

Kalau anda nak walk in dan mendaftar di Shaklee Hq, keahlian hanya RM69.80 untuk seumur hidup. Beritahu mereka anda nak mendaftar di bawah sponsor (upline) 1091239 (Nurul Idayu Kambali). Lepas mendaftar, anda akan mendapat satu member kit dan nombor SID (Shaklee Independent Distributor). Simpan nombor ID tu untuk pembelian produk dengan harga ahli. 🙂

member kit shaklee

Istimewanya dalam Shaklee, anda tak perlu renew setiap tahun pun. Jimat sangat kan? Katakanlah lepas dah daftar ahli tu, anda pergi luar negara selama setahun. Bila balik Malaysia, anda nak beli vitamin Shaklee lagi guna keahlian anda. Ha ianya takde masalah, sebab boleh je beli guna ID sendiri dan dapatkan produk Shaklee dengan harga ahli walaupun dah setahun anda tak beli.

Konsep yang hampir sama dengan mendaftar sebagai ahli Jcard, Sogo, Tesco dan lain-lain. Tak semestinya bila dah jadi Aeon member (Jcard), anda wajib shopping kat Aeon setiap bulan. Tapi bila anda perlukan, anda boleh gunakan kad tu untuk dapatkan penjimatan ketika membuat pembelian. Tapi, Jcard pun kena renew jugak kan..Kalau Shaklee tak perlu. hehe

2) Yuran Keahlian Jika Mendaftar Online

Ataupun, jika anda nak Ayu daftarkan keahlian secara online, anda boleh berikan maklumat diri anda untuk pendaftaran keahlian. Yuran RM 69.80 seumur hidup, dan tambahan caj penghantaran sebanyak RM10 untuk semenanjung, dan RM20 untuk Sabah & Sarawak. Maklumat diri yang diperlukan untuk pendaftaran adalah:

  • Nama
  • No kad pengenalan
  • No telefon
  • Alamat
  • Nombor Akaun bank yang aktif (untuk Shaklee masukkan bonus bulanan)*
  • Nama suami (suami dan isteri mempunyai nombor keahlian yang sama, kerana shaklee merupakan bisnes keluarga ^_^)
  • No kad pengenalan suami

*sekiranya jumlah pembelian mencapai minimum 150 UV (unit value)

Apa yang lebih menarik, pendaftaran ahli dan pembelian barang dengan harga ahli boleh dilakukan serentak. Maksudnya, jika anda ingin membeli produk Shaklee dan dalam masa yang sama, anda ingin mendaftar sebagai ahli, so anda dah boleh beli barang yang dikehendaki tu dengan harga ahli. Silap-silap kalau beli sampai lebih dari 150 uv, bulan seterusnya dah boleh dapat bonus terus ke akaun anda! 😀

3) Pendaftaran Keahlian Percuma

Untuk lebih penjimatan, anda juga boleh memilih untuk mendaftar secara PERCUMA! (Jimat RM69.80). Caranya, pembelian produk Shaklee yang melebihi 200 UV (lebih kurang RM 650), akan membolehkan anda layak menjadi ahli Shaklee secara percuma! Lagi best, bukan jimat duit keahlian je, tapi layak terus untuk mendapat bonus pada bulan berikutnya!

Kalau berminat, anda boleh hubungi Ayu dan Ayu akan terangkan cara-cara yang lebih details bagaimana untuk dapatkan keahlian percuma ni, dan cara pengiraan point UV (unit value) yang membolehkan anda layak mendaftar ahli tanpa bayar RM69.80 dan melakukan penjimatan keseluruhan hampir RM100. 😀

Kelebihan Mendaftar Sebagai Ahli Shaklee

1) Maintain Keahlian Seumur Hidup

Bila kita mendaftar dan guna produk Shaklee, sebenarnya kita dah kumpul point UV untuk pembelian kita tu. Bila kita dapat kumpul certain points, kita boleh dapat cash bonus. Makan sendiri pun boleh dapat bonus tau, best kan? Jadi, bonus tu dah boleh cover kos produk yang kita makan setiap hari. Memang menjimatkan! 🙂

2) Beli Dengan Harga Ahli

Beza harga ahli dan bukan ahli antara 15-25% untuk setiap produk. Sebagai contoh, harga 1 canister ESP (Energizing Soy Protein) adalah RM 159 (include GST). Selepas mendaftar ahli, anda boleh mendapatkan 1 canister ESP dengan harga lebih murah, iaitu sekitar RM 129 (penjimatan sebanyak RM30). Tu kalau beli ESP je, kalau anda nak beli 3 hingga 4 produk? ha lebih jimat la nanti.

3) Berpeluang Menjana Pendapatan Lebih Daripada 4 Angka

Bila mendaftar sebagai ahli Shaklee, tak wajib pun untuk anda berbisnes. Kalau anda cuma mendaftar sebab nak beli untuk makan sendiri je pun takde masalah. Anda masih juga layak mendapat bonus bulanan sekiranya jumlah pembelian setiap bulan mencukupi point UV yang ditetapkan.

Tapi, kalau rasa nak dapatkan lebih bonus dan jadikan sebagai salah satu income anda, boleh la teruskan dengan membuat bisnes dengan bantuan mentor yang betul. Tak perlu pun tambah modal sampai beribu ringgit atau kumpul banyak stok. Asalkan dah jadi ahli, boleh je terus berbisnes. Dengan panduan dan bimbingan yang betul daripada mentor anda, bonus bulanan pun akan makin bertambah! dan dah boleh balik modal RM 69.80 yang anda daftar mula-mula tu. 🙂

Kalau berminat, Ayu akan masukkan anda di bawah secret group bimbingan Ayu untuk Ayu bongkarkan banyak tips dan cara untuk berbisnes supaya kita boleh berjaya bersama-sama. Dalam Shaklee, takde istilah “mengkaya kan upline”. Sebab Shaklee mengamalkan bisnes yang patuh syariah, di mana bonus didapati berdasarkan sales setiap bulan, dan kalau anda usaha lebih, silap-silap haribulan, anda yang naik rank dulu dan lebih berjaya daripada upline anda.

4) Kelebihan Bila Berbisnes

Selain daripada cash bonus, anda jugak layak dapat car bonus dan convention trip!

3c shaklee

  • Car Program: Ni bukan dapat kereta tau, tapi lebih menarik lagi dari tu! hehe. Iaitu anda boleh mendapat duit setiap bulan yang boleh digunakan untuk mendapatkan kereta idaman anda! Kalau duit tu nak guna untuk bayar ansuran bulanan kereta yang sedia ada pun boleh sangat. Kat situ dah jimat dari segi bayar duit kereta, sebab Shaklee dah bayarkan untuk anda. 🙂
  • Convention Program: Ni pula kelayakan untuk pergi melancong dalam dan luar negara (termasuk pakej umrah) dan semuanya di taja oleh Shaklee. Selalunya kalau tajaan Shaklee ni, memang percutian 6 bintang lah. Hotel, perjalanan, duit belanja, semua Shaklee taja. Anda cuma sediakan duit shopping je, tu pun kalau nak shopping lah. Hehe. Dan lebih istimewa untuk kita yang beragama Islam, setiap percutian mesti mereka akan sediakan tempat solat yang selesa untuk orang Islam beribadah. Tak perlu pening-pening fikir kat mana nak solat bila travel oversea ni, sebab mereka dah aturkan semua tu untuk kita 🙂

Okaylah, Saya Berminat! Boleh saya daftar sekarang?

Wah..inilah yang kita cari! Sentiasa bersemangat dan proaktif dalam setiap perkara! Hehe 😀

ahli

Boleh sangat kalau nak daftar sekarang. Boleh hubungi Ayu di 019-2440991 dan beritahu yang anda ingin mendaftar sebagai ahli. Lepastu, buat pembayaran dan Ayu akan daftarkan keahlian anda. Mudah je kan? (^^,)

Selamat datang ke Shaklee dan vitamin semulajadi! 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge