Ibu Menyusu Wajib Baca Ni: 5 Sebab Utama Pentingnya Vitamin

Assalamualaikum & Hi! 🙂

Ayu merupakan ibu menyusu kepada my adorable Amna Nafisa, 1 year old. Masih fully breastfeed lagi sampai sekarang. Lagi mencabar, bila gigi dia dah keluar 4 batang! haha ngeri mak! :D. dah luka pun ni, siap berdarah lagi kalau pam. Bila dia nganga je buat Ayu rasa nak jerit. hahaha

Siapa kata breastfeeding journey ni semudah selak baju dan bagi baby? no no no.. Ianya perlukan ilmu, semangat yang tinggi, kekuatan mental dan fizikal, support daripada org sekeliling, serta kesihatan yang baik. Selalu kan, kita ni duk cari milkbooster je kan. Risau susu tak cukup lah, risau stok tak banyak lah..

Hakikatnya, kesihatan ibu sangatlah penting dan boleh effect kepada production susu tu sendiri. Check balik pemakanan harian kita, seimbang ke tak? Sayur cukup tak? Protein? Kalsium (susu)? Serat?

Kalau rasa tak seimbang, bagaimana susu yg berkualiti nak terhasil? Haritu Ayu ada terbaca kisah seorang ibu ni yang suka minum air milo 3 in 1, horlicks 3 in 1, semata-mata untuk banyakkan susu. Tapi, sedarkah kita, hakikatnya minuman tersebut tinggi kandungan gula dan membahayakan diri sendiri?

Untuk pastikan badan kita cukup nutrisi, kekal fit dan sihat, boleh amalkan supplemen sebagai makanan tambahan. Ingat tau, suplemen ni bukannya untuk meal replacement. Tapi ia bertujuan untuk topup lompong-lompong nutrisi yang kurang dalam badan ni ha..dah kalau malam tadi makan burger mekdi, sihat ke tu? hehe

Uish panjang betul intro. Okay, jom Ayu share 5 sebab utama kenapa suplemen ni sangat penting untuk kita sebagai ibu menyusu ni.

1) Tenaga

Kadang kita kerap berjaga malam sebab anak nak mengempeng je kan. Sudahnya bila pagi tu kita yang tersengguk-sengguk, lesu je rasanya. Kena uruskan rumah lagi, sesi persekolahan anak-anak yg lain lagi, memasak, mencuci, nak kena susukan anak. Fuhh, memang perlukan tenaga supermak! 😀

Bila kita terlalu letih, jadual makan pun tak teratur, ianya boleh effect kepada production susu kita. Susu akan nampak drop sebab kita letih sangat, dan akan nampak cair sebab makanan tak seimbang.

That is why suplemen sangat penting untuk bantu kita elakkan masalah macam kat atas tu.

2) Cukupkan nutrisi dan khasiat susu

Susu ibu memang semulajadi berkhasiat. Memang Allah dah jadikan ianya berkualiti dan susu terbaik untuk si anak. Tak dapat disangkal lagi kan? 🙂 Tapi, bila kita sendiri tak jaga pemakanan kita, adakah susu yang terhasil tadi cukup zat dan khasiat? Bukan kah Allah juga ada menyatakan supaya kita digalakkan makan daripada sumber yang halalan toyyiban?

Bukan sahaja halalan (halal), malah yang toyyiban (berkhasiat) juga.

Macam ni lah, tadi dinner malas nak makan kan, jadi kita decide beli burger je lah. Okay, burger memang halal, tapi adakah ianya berkhasiat?

Actually, korang boleh perasan pun hal ni. Kalau susu nampak cair je, warna pun putih pucat je..cuba check balik pemakanan kita. Tadi makan apa? berkhasiat ke tak? 🙂

Ingat, apa yang kita makan, baby kita makan jugak tau. Kalau kita makan jajan, baby pun dah rasa jajan dalam susu kita. hihi. nak makan jajan lagi tak tu? 😀 😀

3) Sumber kalsium

Boleh dikatakan jarang sekali Ayu dengar yang ibu menyusu ni banyak minum susu. Kalau ada pun, mungkin 2% daripada 10% je kot. Unless time pregnant, memang ramai ibu pregnant beli susu untuk tumbesaran baby dalam perut, siap dapat free sample lagi! Tapi, kenapa tabiat ini tak diteruskan apabila menjadi ibu? Lebih spesifik lagi, ibu menyusu.

Kita bekalkan susu (kalsium) untuk tumbesaran anak dan tulang yang kuat. Tapi, kita sendiri tak ambil sumber kalsium untuk tubuh kita. Akibatnya, kalsium kita akan makin berkurang setiap hari, dan menyebabkan kita kerap sakit pinggang, sakit gigi, sakit badan, paling terasa kat lutut. Kalau solat tu, boleh bunyi krek krok krek krok..eh bunyi lutut camtu tak ye? 😀 ha ikutlah yang korang faham, tapi itu la yang Ayu maksudkan. Hehe

So, kena ambil sumber kalsium untuk elak osteoporosis di usia muda bergaya okay? 🙂

4) Elak stress

Siapa kata journey penyusuan ni sentiasa gembira dan happy-happy saje? ada masa susu drop, ada masa jadual pumping ke laut, ade masa nipple luka, ade masa stok susu rosak kesemuanya sebab black out, dan macam-macam lagi.

Tu belum lagi dengan masalah persekitaran. Contohnya tak dapat support dari orang sekeliling, stress kena marah dengan bos, stress tengok anak aktif sangat, stress tengok baju bertimbun, stress tengok sales sana sini 70% tapi duit takde. hihihi. Ala, orang perempuan ni kadang memang suka pun men”stress”kan diri. Tak de tudung yang match dengan baju pun mula lah nak stress! haha

Yang asyik nak stress je tu memang nampak sangatlah badan kurang vitamin B. Ni vitamin paling penting yang bertindak sebagai neurotransmitter iaitu berkait rapat dengan mental dan otak. Kalau kurang vitamin B tu yang jadi cepat stress, rasa nak marah, rasa nak makan orang.. heee

5) Milkbooster

Ha ni Ayu letak last sekali. Kenapa? sebab korang kena faham yang bila badan cukup nutrisi, sihat, pemakanan pun seimbang, baru la supplemen boleh bertindak sebagai milkbooster.

Tapi, kena make sure korang jaga jadual pumping yang betul, kerap kosongkan breast, doa banyak-banyak, jaga konsep supply vs demand. InsyaAllah susu anda pasti meriah! 🙂

Okay, mana nak dapat vitamin yang boleh cover semua yang Ayu sebutkan tu?

Mestilah supplemen Shaklee. Sebab Ayu sendiri penggunanya. So bila Ayu dapat hasil yang mengujakan, mestilah excited nak share dengan korang! hehe

Boleh refer entri Set Menyusu Ibu Cergas  untuk dapatkan lebih info tentang vitamin Shaklee khas untuk ibu menyusu.

Ayu juga sediakan khidmat konsultasi tentang penyusuan. So kalau korang berminat nak beli vitamin, atau nak dapatkan khidmat nasihat, call je Ayu kat 019-2440991 atau email kan di amindanayu@gmail.com.

Okay?

Jumpa kat next entry! 🙂

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge