Ketahui 8 Keadaan Ibu Hamil Yang Terpaksa Induce

Assalamualaikum & Hi!

Bakal-bakal ibu ni, sebolehnya memang tak nak kena paksa bersalin, atau kata lain nya induce. Kalau baca atau dengar pengalaman orang kena induce, kita yang takut kan? Alasannya takut sakit..hehe..Hakikatnya, kalau tak kena induce pun sakit jugak kan. :p

Ada sebab kenapa doktor nasihatkan untuk induction. Lagipun, induce ni sebenarnya membantu kita untuk bersalin secara normal. Tapi kena ingat, induksi hanya boleh diberikan selepas kandungan berusia 38 minggu ke atas. Ini penting untuk mengelakkan risiko bayi yang dilahirkan tak cukup matang.

induce

8 keadaan yang menyebabkan induction:

  1. Kandungan melebihi tarikh jangkaan (overdue)
  2. Ibu hamil menghidap darah tinggi.
  3. Ibu hamil menghidap kencing manis
  4. Menghidap penyakit SLE, sawan dan sebagainya.
  5. Pecah air ketuban tapi masih belum rasa sakit.
  6. Mengalami masalah placenta previa jenis 1 dan 2.
  7. Bayi disyaki lemas setelah pemantauan pergerakan dilakukan
  8. Pembesaran kandungan dalam rahim terbantut atau lebih dikenali sebagai Intra Uterine Growth Restriction (IUGR)

Ini cuma sebahagian je, sebenarnya ada banyak lagi keadaan yang menyebabkan ibu hamil terpaksa di induce.

Masa Ayu mengandungkan Imran dulu, kandungan dah hampir 40 hari, tapi air ketuban dah cukup-cukup je. Doktor terus arahkan untuk buat induction sebab takut baby kurang nutrient. Tapi, malam tu memang air ketuban dan pecah sendiri dan terus rasa sakit contraction datang. Jadi selamat lah daripada kena paksa bersalin. Hehe

Masa pregnant Amna pulak, Ayu disyaki ada masalah PP type 1-2 (placenta previa), iaitu uri berada di bawah dan hampir menutupi serviks. Kalau type 3-4 lagi teruk sebab uri menutupi keseluruhan ruang. So, chance untuk bersalin normal sangatlah tipis. Lepas check up semula dengan doktor lain, Alhamdulillah, semua pun dah okay. Takde PP lagi dan insyaAllah boleh bersalin normal.

placenta-previa-symptoms-causes-treatment-4-638

Walau apapun cara yang kita terpaksa lalui untuk melahirkan anak, ketahuilah yang kita semua adalah ibu yang hebat! Sebab, walaupun asalnya kita takut, tapi demi menyelamatkan nyawa baby yang dah kita jaga hampir 9 bulan di dalam perut, kekuatan tu akan datang dengan sendirinya. 🙂

Jangan takut bakal ibu, banyakkan berdoa dan selamat berjuang dalam melahirkan! 🙂

With Love,

Mama Imran Amna

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge