Ketahui Perbezaan Vitamin Sintetik dan Semulajadi

Assalamualaikum & Hi

Sebelum ni Ayu tak ambil kisah sangat tentang bahaya vitamin sintetik. Memang takde pendedahan daripada sesiapa pun tentang ni. Tapi entah kenapa, Ayu rasa curious semacam tentang vitamin ni. Rasa nak tau sangat apa beza ambil yang natural dengan sintetik. Lepas dah kaji sendiri perbezaan antara kedua vitamin ni, baru la Ayu tahu cara nak bezakan dan kesannya kepada badan kita. Tetiba rasa macam nak kena buat detoks cepat-cepat sebab dah banyak sangat toksin bersarang dalam badan, 🙁

beza vitamin sintetik dan natural

Antara perbezaan yang dapat diperhatikan:

Vitamin Semulajadi

  • Diekstrak daripada sumber semulajadi tanpa memusnahkan nutrien yang terdapat di dalamnya.
  • Datang dalam pakej lengkap iaitu mempunyai pelbagai jenis vitamin lain, kofaktor, enzim dan mineral yang menyokong fungsi utama vitamin.
  • Penghasilannya tidak melibatkan haba dan tekanan yang tinggi dan bebas pelarut yang bersifat toksik.
  • Disebabkan kualiti yang tinggi, maka harganya agak mahal berbanding yang sintetik.
  • Tablet tidak disaluti (coating) dengan bahan kimia.
  • Tak memerlukan pek silika gel kerana vitamin sintetik bebas bahan pengawet, perasa mahupun pewarna tiruan.
  • Nama bahan utama ditulis dengan nama asli seperti fish oil, soy beans, citrus, alfalfa etc.
  • Bahan semulajadi dapat dikenali oleh sel di dalam badan, oleh itu ia meningkatkan kadar penyerapan yang lebih baik.
  • Tidak mempunyai kesan sampingan berbahaya, hanya healing crisis (proses penyembuhan) yang memberikan kesan yang lebih baik.

Vitamin Sintetik

  • Dibuat di dalam makmal menggunakan bahan kimia dengan cara meniru struktur molekul semulajadi supaya mendapat kesan yang hampir sama.
  • Mudah didapati dengan harganya yang lebih murah.
  • Memerlukan pek silika gel untuk mengekalkan kandungan vitamin dan mengelakkan daripada teroksida.
  • Mempunyai perkataan “-ate”, “-ide” pada akhir nama sumber seperti choline chloride, palmitate, acetate.
  • Mempunyai “dl-” pada awal nama sumber. Contoh paling mudah di dalam vitamin E yang sintetik: dl-alpha tocopherol.
  • Ada bahan kimia yang tidak dapat bertindak balas dengan sel di dalam tubuh, akibatnya ia menjadi toksin dan berkumpul di dalam hati.
  • Vitamin dan mineral lain tidak hadir bersama dan menyebabkan badan terpaksa menggunakan vitamin sedia ada di dalam badan untuk mengoptimumkan penyerapan vitamin. Contoh: vitamin C tidak hadir bersama bioflavonoids yang sepatutnya bertindak sebagai kofaktor.

Sekarang ni, Ayu perhatikan ramai orang yang menjual vitamin C. Ada yang claim boleh cantik seawal 3-7 hari, ada yang guna injection. Tapi kita kaji selidik dulu, betul ke ianya dibuat daripada sumber yang selamat? tak melibatkan kehadiran bahan kimia dalam bahannya?

sintetik-vs-natural-3Melalui hasil kajian, struktur molekul vitamin C keluaran Shaklee hampir sama dengan struktur molekul vitamin C sebenar. Seperti yang kita tahu, yang natural ni tentunya yang selamat dan berkesan apabila diserap oleh tubuh kita.

Lepas dah baca semua ni, dah sampai masa kita check semula botol-botol vitamin yang ada kat rumah ni. Belek pada bahagian ingredients dan mula kenal pasti samada ianya semulajadi atau sintetik.

Lebih-lebih lagi untuk ibu hamil dan menyusu, vitamin akan disalurkan ke dalam badan baby. Jadi, memang penting sangat untuk kita consume set hamil yang natural supaya anak kita pun dapat khasiat yang terbaik kan? 🙂

Semoga entri ni bermanfaat untuk semua! 🙂

pengedar shaklee banting, telok panglima garang, jenjarom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge