KISAH DI SEBALIK IPHONE 7 PLUS

Assalamualaikum & Hi! 🙂

Okay, nak share ni dengan korang..

Warga SID yang pergi Shaklee Convention tadi mesti tau kan ada lucky draw dapat grand prize iphone 7 plus?

Hehehe

Alhamdulillah..rezeki Ayu harini! Ayu la yang dapat grand prize tu! Weeeee 😀 😀

Mase mula-mula diumumkan ada grand prize cabutan bertuah dapat iphone untuk star award achiever, Ayu punya lah excited sampai menjerit “NAKKKK!”

Pastu pandang husband, “abg, nak sangat iphone tu nakkkk sangat!”

Then husband sengih je dengan respon wajah “alaaa tak yah berharap la yang…”

Ayu doa je dalam hati minta Allah bantu nak sangat iphone tu.

Sebabnya memang Ayu ada tulis dalam buku 100 dreams bulan January haritu nak beli iphone bulan April. Tapi duit tak cukup tak la beli kan. Hihi

So, tadi memang mintak sangat dan doa tak habis-habis semoga Helen Lam (president shaklee malaysia) cabut nama Nurul Idayu. Siap zikir Ya Wahhab banyak-banyak sambil fokus nak iphone tu nak nak nak!

Lepas dah cabut nama, dia sebut nama orang lain.

Ayu yg tadi excited terus rasa..alaa..takpelah bukan rezeki aku ni..

TAPI!

Orang yang dia sebut nama tu takde!

So apelagi, Ayu sambung lagi doa la kan hahaha

“Nak nak nakkk please Helen amek nama Nurul Idayu pleaseeee!”

Then,

Masa Maziah sebut nama tu..Ayu memang excited la nak dengar kan..

Dia sebut NURUL….

Perghhh! Dalam hati dah YES! Okay lagi…

Dia sebut IDAYU!

Hahaha terus tepuk husband kat sebelah!

“Abg! Nama ayg lah!”

Maziah panggil “Nurul Idayu Kambali & Mohd Amin Halimi!”

Ya Allahhhh..nanges weh! Datang pentas amek hadiah muka senyum lebar macam nak melompat dah rasenye hahaha

Helen kata, “next year Master okay?”

Daku pun ape lagi,

“ye mesti! Saya akan fight sampai Master Coordinator!”

Fuhhh sampai sekarang dah balik rumah pun masih tak percaya dapat grand prize tu. Tak bukak lagi box tu. Nervous! Haha

Ape yang Ayu nak sampaikan adalah,

Kalau korang ada dream yang korang nak capai,

TULIS
TULIS
TULIS
TULIS

Walaupun ada seribu impian, TULIS!

Sediakan satu buku 100 dreams, tulis ape korang nak.

Kalau rasa tak cukup 100, sambung lagi sampai berapa pun yang korang nak.

Dan TULIS DENGAN SPESIFIK.

Bulan berapa, tahun berapa.

Masa Ayu tulis dalam buku 100 dreams Ayu, memang Ayu dah tulis nak iphone 7 bulan April.

memang dah tulis nak bulan April 2017 :’)

Alhamdulillah, tak mampu beli sendiri, Allah hadiahkan melalui lucky draw harini.

Bukan bawak balik award je ni, bawak balik hadiah sekali!

Happy syukur Alhamdulillah!

iPhone 7 Plus for FREE! 😀

Apepun, event harini sangatlah best! Dengar my lovely master Lyna & Master Z bagi speech pun dah rasa nak sangat berjaya macam diorang!

I’m one of iReach Family and i know i can do it!

Okay, sekian coretan disebalik menang grand prize.

Coretan penuh Shaklee Convention boleh baca kat sini.

Perut lapar dah ni, mandi pun belum, sat lagi nak check performance anak-anak untuk closing esok.

Thank you korang sudi baca! Hihi 😘

#shakleeconvention
#thepowerofdream
#ireachSC

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge