Nak Derma Darah? Check Dulu 5 Kriteria Asas Ni.

Assalamualaikum & Hi!

Hari Khamis yg lepas, company tempat Ayu kerja ada buat kempen derma darah sempena Sime Darby Down Jam 2016. Pihak company bekerjasama dengan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk menjalankan kempen derma darah ni. Misi kali ni utk dapatkan 50 blood pints, jadi ramai lah yang turut serta dalam kempen ni.

kempen derma darah

Ayu daripada dulu lagi memang teringin nak derma darah. Tapi tak berani hahaha. tu dulu la..sekarang sejak dah pernah bersalin 2 kali ni, dah berani je kalau nak derma darah. Hehe

Tapi bila tengok pada syarat-syarat yang membolehkan derma darah, nampaknya sekali lagi Ayu tak layak. Kalau dulu layak tapi takut, sekarang ni dah berani tapi tak layak pulak. huhu. Jom Ayu share kan antara kriteria yang membolehkan korang jadi penderma darah ni.

5 Kriteria Asas untuk Menjadi Penderma Darah

  1. Sihat
  2. Berumur 18-60 tahun (jika berumur 17 tahun perlu mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga.
  3. Berat badan 45 kg atau lebih.
  4. Tahap hemoglobin (bacaan HB) sekurang-kurangnya 12.5 g/dl
  5. Tidur melebihi 5 jam ke atas

So, kalau korang memenuhi kriteria kat atas tu, memang dah boleh sangat dah nak derma darah. Tapi sebelum tu, kita check yang ni pulak.

Anda tak boleh menderma darah untuk sementara waktu sekiranya anda;

  1. Demam
  2. Minum minuman beralkohol hingga memabukkan dalam masa 24 jam sebelum menderma darah.
  3. Mengambil sebarang ubat antibiotik dalam masa 1 minggu sebelum menderma darah.
  4. Telah menerima sebarang vaksinasi dalam masa 3 minggu sebelum menderma darah.
  5. Hamil atau datang haid kurang daripada 5 hari
  6. Menyusukan anak dengan susu ibu.
  7. Telah menjalani pembedahan dalam masa 6 bulan sebelum menderma darah.
  8. Telah menerima rawatan gigi dalam masa 24 jam sebelum menderma darah.
  9. Telah menindik telinga, bertatu atau akupuntur dan berbekam darah dalam masa 6 bulan sebelum menderma darah.
  10. Menetap di Malaysia, kurang daripada 1 tahun (bagi bukan warganegara Malaysia)

Haa..kat sini la yang Ayu tak layak tu. Sebab Ayu masih menyusukan Amna dengan susu ibu. Sebabtu syarat yang ni untuk sementara waktu sahaja. So kalau dah tak terikat dengan kriteria ni dan kriteria asas tadi semua layak, boleh je nak derma darah.. 🙂

kempen derma darah

Ni bos tempat kerja Ayu, En Azimi Othaman

kempen derma darah

Sepanjang kempen berlangsung.

kempen derma darah

One of my colleague, Qani’ah. Belum kawen tau hiks 😀

Tapi bukan semua orang pun layak menderma tau. Yelah, darah yang kita derma ni nanti nak digunakan untuk menyelamatkan nyawa orang lain kan. So kesihatan seorang penderma darah pun mestilah tip top. Jom Ayu share pulak sebab yang tak dibenarkan untuk menderma darah.

Apa sebab TAK BOLEH menderma darah?

  1. Tekanan darah tinggi yang tidak stabil dan mengambil lebih daripada 1 jenis ubat.
  2. Penyakit diabetis (kencing manis) yang mengambil rawatan kencing manis secara insulin dan turut menghidap penyakit kronik yang lain.
  3. Penyakit asma (lelah) yang bergantung kepada rawatan pil steroid/serangan yang kerap.
  4. Penyakit jantung
  5. Penyakit sawan (epilepsi)
  6. Penyakit tibi
  7. Penyakit berjangkit (contoh: sifilis, hepatitis dan HIV)

Ok, so setakat ni, korang di kalangan yang boleh atau tak boleh menderma ni? kalau boleh, jangan nak mengelat tau! hehe 😀

Program di buat di kantin Sime Darby Biodiesel

Program di buat di kantin Sime Darby Biodiesel

Tapi kan, anda dilarang untuk menderma darah sekiranya anda pernah terlibat walaupun sekali dalam aktiviti-aktviti seperti berikut;

  1. Bertukar-tukar pasangan seks atau mengamalkan aktiviti seks rambang.
  2. Melanggani pekerja seks/ pelacur
  3. Mengamalkan hubungan sejenis (homoseksual)
  4. Mengamalkan hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
  5. Mengambil dadah secara perkongsian jarum suntikan.

Ayu yakin korang bukan lah di kalangan 5 golongan kat atas tu kan? Jadi, dah boleh sangat pergi menderma tu! 🙂

Jom layan gambar lagi hehe..

kempen derma darah

Antara yang menjayakan kempen ni 🙂

kempen derma darah

Thank you semua nurse daripada Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR, Klang)! Ayu takde dalam gambar ni, i kan pemalu ihiks :p

Okay, tu je untuk perkongsian kali ni. Seperti biasa, kalau nak beli vitamin Shaklee boleh hubungi Ayu ye. 🙂

Thank you for reading this entry! 😀

**Sumber info: Jabatan Tranfunsi Darah HTAR Klang dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Kesihatan HTAR Klang

 

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge