Pencuci Pinggan Bebas Bahan Kimia Supaya Tangan Tak Sensitif Lagi

Assalamualaikum..

Sebagai kaum wanita dan ibu, hal cuci pinggan ni memang tak boleh nak elak langsung kan? Dapat pulak kalau satu family besar berkumpul ramai-ramai, mesti akan ada tugasan masing-masing. Ada yang masak, sapu sampah, cuci pinggan, takpun bahagian jaga anak kecik. Selalunya Ayu mesti bahagian cuci pinggan tak pun jaga anak. Adik bongsu mestila takkan masak kalau dah ada 6 orang kakak kat dapur kan. Hehe

pencuci pinggan tanpa bahan kimia

Dan masalah Ayu adalah, tangan ni jenis sensitif dengan sabun. Kalau cuci baju pun tak boleh guna sabun serbuk, kalau cuci pinggan pulak, memang akan pedih je tangan. Lepas tu rasa tangan sangat kering dan kasar. Lama-lama, menggelupas dan rosak. Ibu jari tangan kanan ni pun dah tak boleh scan kad pengenalan. Sebab masa buat kad pengenalan baru dulu, ibu jari ni dah rosak teruk. Corak untuk cap jari pun dah takde. Harapkan cap ibu jari tangan kiri je ni.

Dalam video ni, Pn Salwa pun dah tukarkan pencuci pinggannya kepada yang lebih selamat dan mesra alam. Jom tengok perkongsian beliau yang benar-benar puas hati selepas menggunakannya.

 

Dengan ini, maka sangatlah berbesar hati untuk Ayu kongsikan segala maklumt tentang Hand Dish Wash Shaklee ni. Kalau anda pun jenis kulit sensitif, maka Ayu sangat galakkan untuk cuba pencuci paling best ni yang ada kelebihan berikut:

  • Lembut pada tangan
  • Berbau harum
  • Rumusan berasaskan tumbuh-tumbuhan daripada sumber semula jadi yang mesra alam
  • Buih sabun yang tahan lebih lama
  • Menjadikan pinggan bersih berkilau
  • Hanya beberapa titisan untuk mencuci timbunan pinggan mangkuk di dalam sinki

Kenapa Pencuci Pinggan Shaklee lebih selamat berbanding jenama lain?

  • Sesetengah pencuci pinggan mangkuk mengandungi surfaktan berasaskan petroleum dan bahan pencuci seperti diethanolamine (DEA) dan sodium dodecylbenzensulfonate.
  • Kedua-dua bahan tersebut boleh merengsakan kulit dan mata.
  • Dish Wash Concentrate Shaklee tidak mengandungi bahan-bahan tersebut mahupun bahan berbahaya yang lain.

Kenapa anda perlu dapatkan Dish Wash Shaklee?

  • Tidak toksik dan hipoalergenik
  • Tanpa klorin serta mempunyai pH yang seimbang (selamat pada kulit)
  • Rumusan yang pekat amat berkesan menanggalkan minyak
  • Selamat untuk sistem pembetungan kerana ia mudah diuraikan
  • Bungkusan (botol) boleh dikitar semula

Lagi satu, yang paling ibu-ibu suka, ianya selamat untuk basuh botol susu dan puting botol susu anak kita! Untuk basuh peralatan mengepam pun boleh sangat. Ha menarik kan? 😀

Lepas Ayu try pencuci ni, tangan tak rasa kering sangat. Paling best, tak rasa pedih lepas cuci tangan. Kulit yang rosak tu pulak Ayu selalu sapu dengan Herbal Blend, memang nampak beza sangat lah. Walaupun kulit tangan masih berkedut kesan alergi sabun dulu, tapi dah rasa lembut dan tak kasar. Syukur sangat..Alhamdulillah.

herbal blend
Ni tangan Ayu selepas gunakan Dish Wash dan Herbal Blend. Kulit tak kasar macam dulu.

———————————————————————————————————————-

Sempena nak masuk bulan syawal ni, apa kata hadiahkan pencuci pinggan ni untuk ibu kita masa balik kampung nanti. Sebab ianya sangat jimat dan kepekatannya menyebabkan ianya tahan sehingga 2 bulan.

Untuk suami, boleh juga hadiahkan pada isteri. Baru la tangan dia lembut je walaupun setiap hari cuci pinggan. Sesekali bagi hadiah lain dari yang lain, dah la harganya murah, jimat pulak tu.. isteri mesti suka tau. Hee 🙂

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan produk, jangan malu jangan segan untuk terus hubungi Ayu! ^_^

Salam sayang,

Ayu Nutrisihat (019-2440991)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge