Set Bersalin Terbaik |Badan Cergas, Sembelit Tiada!

Assalamualaikum & Hi! 🙂

set berpantang shakleePengalaman pertama bertukar title menjadi “ibu”, tentulah pengalaman yang tak dapat kita lupakan kan.. Dan tentunya pengalaman berpantang untuk kali pertama pun ada suka dan dukanya..

PENGALAMAN BERPANTANG

Masa bersalin Imran, memang dah nekad nak beli produk Shaklee untuk berpantang. Buat keputusan ni pun lepas dah google dan cari info tentang Shaklee ni. So, Ayu beli beberapa produk yang penting dan daftar ahli terus dengan kakak Ayu yang memang ahli Shaklee. Tapi, Ayu tambah dengan minyak herbanika Nona Roguy sebab suka sangat dengan bau wangi herba tu. Rasa tenang dan segar je lepas diurut dengan makcik bidan. Hehe

Apa yang Ayu dapat kongsikan melalui pengalaman Ayu sendiri:

1) Badan rasa cergas dan bertenaga

Sepanjang tempoh berpantang, kakak yang jaga sebab mak memang dah lama meninggal sejak Ayu 10 tahun lagi. Kakak pun cakap yang Ayu nampak cergas je, macam bukan baru bersalin. Ni pun nasib baik la pakai kain batik dan bengkung, kalau tak jalan pun tak reti nak slow. Hihi

2) Susu pekat dan meriah

Alhamdulillah. Bab susu ni Ayu tak boleh nak kata 100% kerana Shaklee. Sebab susu yang meriah memang bergantung pada konsep supply vs demand dan rezeki Allah. Tapi apa yang boleh Ayu katakan, Shaklee sangat membantu untuk pekatkan susu, dan bayi pun cepat kenyang. Ditambah dengan konsep penyusuan yang betul, Alhamdulillah rezeki susu untuk Imran memang banyak.

Jom lihat perkongsian Pn Farah tentang masalah susu badan yang dihadapinya. Kotla anda pun ada masalah yang sama seperti beliau..

 

3) Dah tak sembelit

Lepas keluar hospital, Ayu tak tahu yang Shaklee ada produk untuk elakkan sembelit. Masa ni memang harapkan ubat “lembut najis” yang dibekalkan dari pihak hospital. Tapi, tetap jugak tak boleh nak membuang. Minum air banyak pun still tak boleh jugak. Dahla tak boleh makan buah time berpantang ni sebab mak bidan kata buah tu sejuk.

Kat rumah pulak takde tandas duduk, memang ngeri la kalau fikir nak kena meneran dalam toilet cangkung kan. So simpan je la hasrat nak meneran tu dan biarkan sakit perut. Huwaa! Lepastu bila google lagi, baru kenal pasal Ostematrix. Terus la order tu pulak. Alhamdulillah lepas 3 hari makan, memang lega betul perut. Lepas tu memang dah tak sembelit lagi dah. Syukur sangat! 🙂

Ni pulak perkongsian daripada Puan Deeja yang happy sangat sebab dah tak sembelit ketika berpantang.

 

4) Badan tak sakit atau lenguh walaupun bangun malam uruskan baby

Biasa lah kan, baby setiap malam mesti bangun nak menyusu. Ayu tidur duduk, sebab ibu berpantang tak boleh tidur baring katanya. Tak ingat pulak sebab apa. Duduk bersandar kat bantal dan tidur. Memang sepatutnya sakit badan la kan. Lepastu dengan sakit pinggang lagi, nak susukan baby lagi.

Bila dah dapat Ostematrix tu, memang benda wajib telan sebelum tidur. Mengantuk tu still ada tapi boleh je nak bangun uruskan baby. Takdela rasa letih atau malas nak bangun walaupun tidur seposen je kan. Masih boleh pam susu tengah malam sebab nak jaga konsep supply vs demand ni.

5) Luka cepat baik

Masa bersalin, ayu kena jahit sikit tu pun sebab terkoyak sendiri. Alhamdulillah memang tak digunting. Tapi still rasa sakit jugak masa mula-mula tu. Tapi tak lama, dalam 3 hari dah hilang dah rasa sakit.. 🙂

APAKAH YANG TERDAPAT DALAM FULL SET BERSALIN SHAKLEE?

Ayu kategorikan kepada 2 jenis full set:

Pilihan A: Set Bersalin Untuk Ibu Cergas Bertenaga

Pilihan B: Set Bersalin Untuk Ibu Cergas dan Kembali Langsing

SET BERSALIN UNTUK IBU CERGAS BERTENAGA

Set bersalin ni terdiri daripada 6 vitamin iaitu ESP, Zinc Complex, B Complex, Vitamin C, Vitalea, dan Ostematrix.

full set berpantang

1) B Complex

  • Lengkap dengan 8 vitamin termasuk asid folik dan biotin
  • Mengatasi keletihan dan kelesuan selepas bersalin
  • Mengawal emosi, mengelakkan stress dan meroyan
  • Memastikan ibu kekal gembira dan ceria

2) Vitalea with Iron Formula

  • Membantu ibu bertenaga selepas bersalin
  • Ada zat besi yang penting dalam pembentukan sel darah merah dan elak anemia atau kekurangan darah.
  • Melengkapkan nutrisi ibu yang terpaksa berpantang makan sesetengah makanan yang berkhasiat

3) Sustained Release Vita C

  • Membaik pulih dan sembuhkan luka jahitan dengan lebih cepat.
  • Meningkatkan sistem imunisasi ibu dan baby- elak demam selsema semasa berpantang
  • Membantu meningkatkan penyerapan zat besi agar dapat membina sel darah merah yang sihat
  • Merangsang penghasilan kolagen untuk kulit yang cantik berseri

4) Ostematrix

  • Mengelakkan sakit belakang semasa berpantang dan menyusukan baby
  • Mengelakkan kaki kebas, kejang, dan gastrik
  • Menggalakkan tidur yang lebih selesa walaupun ibu kerap bangun malam
  • Melembutkan najis untuk mengelakkan sembelit
  • Membantu meransang penghasilan susu ibu

5) Zinc Complex

  • Merawat luka dalaman dan luaran
  • Menguatkan akar rambut dan mengelakkan keguguran rambut
  • Mengelakkan jangkitan kuman pada luka jahitan selepas bersalin
  • Membantu luka cesarean cepat baik

6) Energizing Soy Protein (ESP)

  • Memberikan tenaga kepada ibu semasa berpantang
  • Sumber protein yang penting untuk membaik pulih sel yang rosak semasa bersalin
  • Mengurangkan kesan stretch mark
  • Memberikan rasa kenyang (kawal rasa lapar)
  • Membantu mendapatkan kulit yang cerah dan halus
  • Susu lebih banyak dan pekat

SET BERSALIN UNTUK IBU CERGAS DAN KEMBALI LANGSING

Bila dah mengembang bagaikan juara semasa hamil, time berpantang ni lah masanya nak dapatkan berat badan yang ideal semula kan? Kan memang impian semua wanita nak dapatkan berat zaman anak dara lepas bersalin. Hehe :p

Full set ni terdiri daripada 8 vitamin, iaitu dengan penambahan Lecithin dan Alfalfa sebagai agen slimworld anda. Haha 😀

full set bersalin untuk kurus

1) Alfalfa

  • Membantu ibu lebih lawas dan mengelakkan sembelit
  • Bertindak seperti Kacip Fatimah untuk merapatkan miss V
  • Mengurangkan bacaan kuning baby
  • Mengawal dan mengurangkan keputihan
  • Badan rasa lebih ringan dan segar
  • Bertindak sebagai milkbooster disamping konsep penyusuan yang betul

2) Lecithin

  • Lecithin mengandungi kolina yang penting utk memori dalam otak
  • Menguatkan memori dan ingatan ibu berpantang
  • Membantu melegakan masalah bengkak susu
  • Memecahkan lemak di dalam badan

MACAM MANA NAK ORDER SET BERSALIN SHAKLEE NI?

Langkah 1:

Pilih set bersalin pilihan anda samada A atau B. Kemudian, SMS atau WhatsApp Ayu di 019-2440991 untuk tempahan.

Harga bagi setiap set seperti berikut:

Set A: Set Bersalin Untuk Ibu Cergas Bertenaga: RM 479.75 + RM 10 (postage)= RM 489.75

Set B: Set Bersalin Untuk Ibu Cergas dan Kembali Langsing: RM 586 + RM 10 (postage)= RM 596

Oh lupa pulak, kalau berminat untuk menjadi ahli, yuran keahlian adalah RM 68.90 untuk seumur hidup. Anda juga boleh mendapatkan set bersalin lengkap ini dengan harga ahli selepas anda mendaftar sebagai ahli Shaklee yang sah! 😀

Langkah 2:

Buat pembayaran ke account di bawah:

Maybank: 1622 6340 5875 (Nurul Idayu Binti Kambali)

CIMB Bank: 7007305085 (Nurul Idayu Binti Kambali)

Masukkan email address: amindanayu@gmail.com

Langkah 3:

SMS atau WhatsApp maklumat diri anda:

  • Nama
  • Alamat untuk penghantaran
  • Nombor telefon
  • Bukti pembayaran

Langkah 4:

Tunggu sehingga barang anda sampai di depan pintu. Hehe 🙂

Penghantaran selalunya dibuat menggunakan Poslaju, Gdex atau CityLink dan mengambil masa 1-3 hari bekerja. Jika anda berada di sekitar Banting, Jenjarom dan Telok Panglima Garang, saya boleh hantarkan terus ke rumah anda. Senang kan? 🙂

SET BERSALIN SHAKLEE MEMANG TERBAIK!

Ok, sampai sini dulu perkongsian Ayu tentang set bersalin terbaik ini. Sekarang Ayu sedang pregnant anak yang kedua, kandungan mencecah 30 minggu. Doakan semoga Ayu bersalin dengan mudah dan selamat ye. Dan tentunya, Ayu pilih Set Bersalin Shaklee Lengkap untuk Kembali Selim Melimm selepas bersalin nanti! hehe 😀

Order & Consultation:

pengedar shaklee banting

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge