Tips Berpuasa Bagi Yang Menyusukan Anak

Assalamualaikum..

Kejap je kan masa berlalu, lagi beberapa minggu je kita akan sampai ke bulan Ramadhan. Jom doa banyak-banyak semoga kita semua dipanjangkan umur dan sempat sampai ke bulan Ramadhan untuk mengumpul lebih pahala.. InsyaAllah Ameen..

Bila berpuasa, tentu saja badan kita cepat letih kan. Lagi la bila tak makan sahur, pukul 10 mula lah dah lapar. Untuk ibu yang mengandung dan menyusukan anak pula, memang penting bersahur dan amalkan pemakanan yang sihat, sebab nutrisi dalam badan nak dikongsikan untuk 2 orang.

Puasa yang kedua pada tahun lepas, saya merupakan fully beastfeeding mom walaupun bekerja. Setiap kali selepas sesi mengepam, mula la perut berkeroncong minta diisi. Memang wajib sangat sahur time tu sebab badan perlu menghasilkan susu untuk anak tersayang. Minum air pun kena cukup untuk maintain kan production susu. Alhamdulillah, saya berjaya melaluinya sepanjang sebulan berpuasa.

Dalam video ni, Puan Salwa kongsikan bagaimana beliau kekal bertenaga sepanjang bulan puasa sebagai ibu menyusu. Hebat betul dia..

Jom saya kongsikan cara saya berpuasa untuk yang menyusukan anak.

Sahur:

Combination set bersahur Shaklee
Combination set bersahur Shaklee

1) Makan nasi/mee/mihun atau apa sahaja makanan berat. 😀

2) Minum air masak 3 cawan

3) Minum ESP+mealshake+performance drink

4) Makan kurma 3 biji atau lebih (wajib makan)

5) Makan vitalea, vitamin C dan B complex

6) Minum air sampai habis waktu bersahur

Berbuka:

1) Kurma 3 biji atau lebih

2) Nasi sikit, lebihkan lauk (sayur dan protein)

3) Minum air masak sikit-sikit tapi kerap, cuba habiskan 2L-3L antara waktu berbuka hingga ketika bersahur.

4) Makan 4 biji ostematrix sebelum tidur

Alhamdulillah, saya dapat teruskan berpuasa sehingga petang tanpa rasa lapar macam nak pengsan. Pam kat office pula sampai 3 kali. Syukur Alhamdulillah, kuantiti susu sama seperti tak berpuasa, kalau ada drop pun tak banyak..

Tapi, kalau anda dah terbangun lambat, janganlah tak sahur langsung. Paling simple pun kena minum ESP + Mealshake + Performance Drink dan makan kurma untuk boost energy sepanjang hari. Saya pernah terlajak bangun, memang tak sempat langsung nak bersahur. Akibatnya, baru tengahari saya dah lemah longlai macam budak baru belajar puasa. Asyik tunggu waktu berbuka je. Hehe

Dan untuk breastfeeding mothers, kena berkorban masa ketika bulan puasa. Maksudnya, kena bangun tengah malam untuk buat power pumping. Sebab kita kena pastikan badan kita tetap hasilkan susu yang mencukupi walaupun kita sedang berpuasa. Lagi-lagi bila time period, sangat wajib makan kurma dan ostematrix, dan buat power pumping untuk maintain susu kita.. 😀

power pumping
Terima kasih ummicergas.com share info..

Jika berminat untuk tahu lebih tips tentang berpuasa ketika menyusukan anak ni, boleh la hubungi saya. Saya suka nak berkongsi pengalaman ni dengan semua orang supaya badan tetap rasa cergas walaupun kita sedang berpuasa dan menyusukan anak dalam masa yang sama.

Pengedar Shaklee Mesra,

Nurul Idayu Kambali

019-2440991

amindanayu@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge