7 Tips Elakkan Mabuk Supaya Tak Perlu Masuk Wad!

Assalamualaikum..

Anda disahkan hamil?

Alhamdulillah..tahniah Ayu ucapkan kepada anda yang mendapat berita gembira ni. Mesti seronok kan bila dapat tahu pregnant? 🙂

Kehamilan dan mabuk atau morning sickness ni memang tak dapat dielakkan. Ada yang kata, kalau kita mabuk teruk, insyaAllah janin yang ada dalam perut tu kuat. Maksudnya, kurang risiko keguguran. Wallahua’lam. Allah jua yang maha mengetahui.

Lagi la bulan puasa sekarang ni, bila perut kita kosong sebab berpuasa, lebih mudah untuk kita rasa loya sebab kandungan asid dalam perut yang tinggi. Bila kerap muntah dan badan kurang air, tu yang nanti boleh kena admit wad sebab kandungan ketone dalam air kencing dah tinggi.

Ayu nak ajak ibu-ibu semua tengok perkongsian Puan Haridah dalam video ni. Macam mana dia boleh kekal bertenaga di bulan puasa walaupun hamil. Kalau Ayu tengok video ni masa pregnant Imran dulu mesti Ayu dah tiru apa yang dia buat. 🙂

 

Disebabkan masa Ayu mabuk teruk dulu memang sampai kena tahan di wad selama 3 hari, so ayu nak kongsikan tips yang ayu dapat daripada hasil pembacaan dan perkongsian dari rakan-rakan. Selagi boleh ikhtiar, kita cuba dulu sebelum kena serah diri masuk wad. 😀

7 tips elakkan loya

1) Makan sikit tapi kerap

Selalu bila loya, nak makan pun takde selera kan? Tapi, perut yang kosong akan menyebabkan asid yang dirembeskan di dalam perut akan menghakis perut kita. Auchh! Sebab asid tadi sepatutnya berfungsi untuk mencernakan makanan. Kalau tak nak makan, makin teruk la loya kita nanti.

Cuba makan sikit tapi kerap. Kalau boleh makan biskut, makan setiap 2 jam. Boleh juga makan buah, atau roti. Yang penting kena makan tau.

2) Banyakkan minum air masak

Elakkan badan dehydrated jadi kena minum banyak air masak. Kalau minum sekali banyak mungkin rasa nak muntah kan? so minum sikit-sikit untuk pastikan badan kita cukup air. Kalau boleh elakkan minum air manis. Ataupun boleh try performance drink untuk elakkan badan dehydrated.

Ayu dulu lebih suka minum air suam. Kalau minum air masak suhu biasa tu mesti rasa nak muntah balik. Kalau minum air suam yang kena hirup-hirup tu, lagi sedap pulak..

3) Hidu bau lemon

lemon

Bila loya, kita mesti nak kan yang masam-masam kan? Apa kata gunakan hirisan lemon dan hidu untuk hilangkan loya tu. Ataupun, masukkan hirisan lemon dalam air suam atau air sejuk, dan minum untuk menikmati kesegarannya. Lemon juga baik untuk meneutralkan kandungan asid yang terdapat di dalam perut.

4) Makan vitamin

Jangan lupa ambil vitamin untuk memastikan badan kita cukup dengan nutrisi walaupun kita tak lalu nak makan. Boleh cuba peppermint-ginger plus untuk hilangkan loya atau boleh juga dapatkan set hamil terbaik supaya badan mendapat khasiat yang secukupnya.

5) Elakkan makanan pedas

cili

Makanan yang pedas kadang kala berasid dan menyebabkan loya selepas makan. Lebih teruk, bila kita muntah, tekak menjadi sangat perit akibat makanan pedas tadi.

Sebagai alternatif lain, boleh makan sup sayur atau sup ayam yang ditaburkan sedikit lada putih untuk mengelakkan rasa mual.

6) Makan makanan yang kaya dengan protein

Bila tak lalu makan nasi, cuba cari alternatif lain. Pengambilan protein pun mampu buat perut kita kenyang. Cubalah makan ikan bakar, daging salai, atau roti yang disapu dengan peanut butter.

Atau kalau tak nak susah-susah, cuba minum protein ESP (Energizing Soy Protein). Selain ianya memberi rasa lebih kenyang, anda akan lebih bertenaga berbanding sebelumnya.

7) Jangan fikirkan tentang loya

Kadang kala orang kata mind set ni kita boleh ubah kan? Perasaan nak muntah pun kadang tu mind set juga. Contohnya, baru mula nak makan, otak kita dah fikir, “ala..lepas makan mesti muntah. malas la nak makan.”

Unless kalau anda dah cuba makan, lepastu memang loya dan muntah, tu bukan la mind set. Hehe. Bila nak makan tu cuba jangan fikir tentang makanan yang kita makan atau tentang rasa loya. Sambil makan cuba bayangkan kita nak beli baju baby yang comel-comel..atau berborak dengan husband tentang kisah-kisah yang menarik.. 🙂

—————————————————————————————————————

Di bulan Ramadhan ni, Ayu doakan ibu-ibu tetap jaga diri dan kandungan elok-elok. Kalau tak larat nak berpuasa, boleh juga berbuka. Islam kan memudahkan. Tapi walaupun tak larat berpuasa, banyakkan ibadah yang lain seperti solat sunat dan membaca Al-Quran. Jangan lupa amalkan doa kat bawah ni selalu. ^_^

doa ketika hamil

Semoga anak yang kita kandungkan ini menjadi anak soleh dan solehah, menjadi penghafaz Al-Quran serta mengikut akhlak terpuji Rasulullah. InsyaAllah. 🙂

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge