Vitamin Lengkap Untuk Ibu Hamil Dan Bantu Bacaan HB Anda Kekal Tinggi

Assalamualaikum & Hi..

vitamin ketika pregnant

Alhamdulillah..kehamilan kali kedua ni dah masuk minggu ke-35. Walaupun dah pernah bersalin sebelum ni, tapi perasaan takut nak bersalin tu tetap ada lagi. Hehe nak bersalin mestilah takut kan? nak bertarung nyawa tu..jangan tanya baju dah siap packing belum, sebab Ayu memang tak packing barang lagi. Esok kita packing okay? Hehe nurse jangan marah ye! 😀

Sepanjang kehamilan ni, memang 100% Ayu consume set hamil Shaklee. Tak ambil vitamin yang doktor bagi, sebab lepas dah bincang yang Ayu consume vitamin ni, doktor pun suruh teruskan je. Masa mula-mula pregnant dulu memang la mabuk sakan. Mana taknya, sampai 2 kali warded tau. Tapi Alhamdulillah lepas tu takde masalah lagi. Pregnant kali ni nampak lebih mudah dan lebih berselera makan. Berat badan tu janganlah tanya, confirm naik berkilo. Hikss! Tak caya, cuba tengok gambar ni. Time tu 32 weeks. Berat? Biarlah rahsia. Haha 😀

bercuti di lumut

Setakat ni apa yang Ayu rasa, badan tetap rasa cergas, HB pun maintain je setiap kali check. Tak pernah turun, samada maintain atau makin tinggi. Yang terbaru ni 11.6. Okay lah tu dari awal-awal dulu merah je. Dengan izinNya, tak pernah sembelit, dan boleh membuang dengan lawas. Sakit kaki dan pinggang pun kurang. Haritu pernah cramp kaki malam-malam sampai 2-3 hari jugaklah jalan tak bape betul, sebab sebelum tidur tu terlupa nak makan vitamin. Haa sejak tu tak berani dah nak skip! Pregnant kali ni pun tak sakit gigi lagi. Alhamdulillah syukur semuanya dengan izin Allah juga. 🙂

Ok jom Ayu kongsikan apa yang Ayu consume sepanjang kehamilan ni..

Apa yang ada dalam Set Kehamilan Shaklee?

set hamil shaklee

Saya lebih galakkan mommies to-be dapatkan full set kehamilan untuk merasai sendiri dan berpuas hati dengan hasilnya. Ada 6 jenis vitamin yang terdapat dalam full set ni:

  1. B complex
  2. Vitalea
  3. Sustained Release Vita C
  4. Ostematrix
  5. Energizing soy protein (ESP)
  6. Omega Guard

Ok, Ayu terangkan satu-satu tentang kepentingan setiap vitamin ni yang sangat penting untuk kesihatan ibu dan tumbesaran bayi. 🙂

1) B Complex

vitamin asid folik

  • Vitamin yang paling penting, mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuk 100% biotin dan asid folik.
  • Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru bayi serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.
  • Untuk ibu, ia membantu mengurangkan stress, mengawal emosi dan wajah nampak berseri 🙂

2) Vitalea

naikkan HB

 

  • Dikenali sebagai multivitamin, mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting.
  • Formula zat besi di dalam Vita-Lea amat penting untuk ibu mengandung kerana kandungan zat besi yang kurang akan menyebabkan ibu pitam, pucat, lesu, serta HB yang rendah.
  • Membantu menaikkan bacaan HB, dan melengkapkan nutrisi ibu dan bayi.

3) Sustained Release Vita C

vitamin C Shaklee

  • Setiap tablet mengandungi 500mg vitamin C dan akan dibebaskan di dalam tubuh badan secara beransur-ansur pada setiap jam.
  • Membantu penyerapan zat besi (vitalea) lebih efektif.
  • Sebagai antioksidan yang membantu meningkatkan imunisasi badan buat ibu dan bayi.
  • Bonusnya, kulit ibu lebih halus, bermaya dan cerah 🙂

4) Ostematrix (Kalsium)

pil kalsium

  • Bagi yang loya dengan rasa susu, boleh gantikan dengan Ostematrix untuk mendapatkan keperluan kalsium.
  • Ketika mengandung, ibu dan bayi memerlukan kalsium yang mencukupi untuk menampung keperluan bayi. Ini kerana, bayi memerlukan kalsium yang mencukupi untuk pembentukan sel dan tulang nya.
  • Kekurangan kalsium dalam tubuh boleh menyebabkan osteoporosis, sakit kaki dan pinggang, sakit gigi, serta ibu akan mudah letih dan lesu.
  • Membantu mengelakkan sembelit sepanjang kehamilan, bangun pagi pun lebih cergas. 🙂

5) Energizing Soy Protein (ESP)

 

soya ESP

  • Tak seperti soya lain, ESP merupakan non-GMO soya dimana ia diproses pada kadar suhu yang rendah untuk meningkatkan kualiti protein di dalamnya.
  • Kandungan protein membantu menambah tenaga ibu mengandung, mengelakkan lesu, memberikan rasa kenyang berpanjangan selain memberikan wajah yang cantik dan berseri. InsyaAllah, kulit anak pun lebih bersih dan gebu. 🙂
  • Ia turut membantu dalam membina dan memperbaharui sel-sel tisu, hormon, enzim dan antibodi serta asid amino didalamnya bertindak untuk membentuk organ dan otot bayi.

6) Omega Guard (EPA & DHA)

Minyak ikan

  • DHA amat penting dalam perkembangan otak serta aspek-aspek lain dalam pembentukan janin.
  • Sesuai diamalkan bermula pada trimester kedua, kerana ketika ini perkembangan otak bayi sedang bermula.
  • Bayi mendapat DHA daripada ibu melalui plasenta, oleh itu ibu memerlukan kandungan DHA yang mencukupi untuk keperluan ibu dan juga perkembangan fetus.
  • Selain itu, ia juga membantu mengawal berat badan ibu dan mengelakkan obesiti ketika hamil.

Saya berminat dengan full set ini. Berapakah harganya?

Harga untuk kesemua vitamin yang Ayu sebutkan di atas adalah seperti berikut:

  • ESP: RM 150 (850 gram- Tahan 1-2 bulan)
  • Vita-Lea: RM 88.75 (120 tablet- Tahan 3-4 bulan)
  • B-Complex: RM 53.75 (120 tablet- Tahan 3-4 bulan)
  • Vita-C : RM 92.50 (180 tablet- Tahan 5-6 bulan)
  • Ostematrix: RM 61 (120 tablet- Tahan sebulan)
  • Omega Guard: RM 136 (90 tablet- Tahan 3 bulan)

*ketahanan berdasarkan keperluan ibu hamil yang sihat

Untuk lebih penjimatan, Ayu galakkan anda mendaftar sebagai ahli (yuran keahlian RM 78.90 seumur hidup) untuk mendapatkan full set kehamilan ni dengan harga yang lebih murah. Nanti nak repeat order atau nak sambung dengan set berpantang dan menyusu dah boleh beli dengan harga ahli. Jimat berganda tau! 😀

Bagaimana cara nak makan?

Setiap ibu hamil mempunyai masalah tersendiri. Ada ibu hamil yang mempunyai anemia, diabetis, darah tinggi, namun, Ayu doakan agar kita semua bebas daripada sebarang penyakit. Kalau ada pun, semoga ianya tak melibatkan komplikasi yang merbahaya untuk ibu dan baby.

Oleh itu, kuantiti yang disarankan juga berbeza bergantung pada setiap individu.

Ayu akan terangkan cara makan kepada mereka yang membeli atau berdaftar di bawah bimbingan Ayu. InsyaAllah, Ayu pasti akan membantu anda kerana Ayu ingin mommies semua kekal sihat dan cergas ketika mengandung. Nak sangat korang rasa apa yang Ayu rasa tentang bestnya set kehamilan ni.

Jika berminat dengan vitamin ini atau nak tanya dengan lebih lanjut lagi, boleh hubungi Ayu segera di 019-2440991. Kalau ada para suami yang baca artikel ni, apa salahnya belikan untuk wife korang tu. Sebagai tanda penghargaan sebab mereka sedang mengandungkan anak anda. 🙂

pengedar shaklee banting, telok panglima garang, jenjarom

 

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge